Written by AbangNara | January 30th, 2011

marion

Korang nak cakap Abang Nara tertinggal kereta api pun tak apa sebab Abang Nara sekarang tengah mood nak kahwin. Itu yang semangat nak share gambar perkahwinan Marion Caunter walaupun dah agak basi. Bukan apa, cantik sangat rekaan baju kahwin daripada brother Rizalman nie. Kagum dibuatnya. Mau ratus-ratus ribu nie.

Lagi gambar perkahwinan Marion Caunter dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Rizalman.

 
Written by AbangNara | December 21st, 2010

marion caunter

Semalam kami menerima sepucuk email daripada seorang pembaca bertuah yang dapat menghadiri majlis perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasarudin. Bacalah email darinya dan semoga segala kekusutan yang ada di dalam hati anda semua terlerai.

[note]Banyak tetamu VVIP hadir termasuk Dr.Mahathir dan Isteri, Najib..Muhyiddin dan ramai lagi menteri-menteri yang hadir. Resepsi perkahwinan memang grand. Boleh dikatakan wedding of the year. Kesemua ahli keluarga pihak lelaki hadir. Tak macam gosip cakap abang dia bengang. Tidak. Mereka semua berada disana cuma gambar beliau tidak disiarkan sahaja.

Kesemua ahli-ahli kontestan The Biggest Loser tahun ini pun bertuah dapat jemputan dari Marion dan mereka semua hadir di majlis perkahwinan di Mandarin Oriental. Di majlis tersebut, SM dan Marion juga mengaku yang SM Nasa ialah BOYFRIEND pertama Marion. Semua pun tak sangka. Itu pasalnya tak pernah ada gosip Marion dengan laki lain. Kepada semua kaum musliman yang berhasat dengki dengan Marion dengan mengatakan dia kaki cukur,mata duitan. NASA sendiri berkata di majlis perkahwinan yang beliau menyukai Marion kerana dia baik hati, lemah lembut dan serius semasa bekerja.

Tidak pernah selama 5 tahun dalam hubungan mereka,Marion meminta NASA membeli apa-apa atau kereta free! Di mana semua orang pun ketawa.Marion kenal NASA sebelum Nasa jadik CEO lagi la. NASA sendiri tahu menilai siapa yang nak duit atau sukakan dia kerana beliau. Jadik kawan-kawan kat luar tu, ucapkan kebahagiaan kepada mereka berdua dan jangan tabur fitnah semata-mata. Jangan la..mempersoalkan agama Marion. Cinta tak kenal bangsa la woi.[/note]

Lagi gambar sekitar majlis resepsi Marion Caunter dan SM Nasarudin dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar kredit GUA.

P.S: Dah ada anak nanti, harap-harap SM dan Marion tak jadi macam nie time jaga anak.