Written by AbangNara | August 25th, 2012

Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Terima kasih kepada Artmosphere Photography yang merupakan jurugambar rasmi untuk majlis ini, pembaca BeautifulNara kini dapat melihat kemanisan kedua-dua pengantin baru ini.

gambar kahwin ustaz don

Ustaz Don dan Husna nampak sama cantik dan sama padan di hari bahagia mereka ini. Semoga kebahagiaan ini akan menjadi milik mereka selama-lamanya. Lagi 15 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Artmosphere Photography.

 
Written by AbangNara | August 23rd, 2012

Akhirnya Abang Nara berjaya menjumpai sekeping gambar majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isterinya, Husna. Kedua-dua pengantin nampak sangat cantik dan berseri-seri di persalinan baju pengantin berwarna putih. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pengantin baru ini.

gambar kahwin ustaz don

Semoga Ustaz Don dan Husna cepat-cepat dikurniakan cahaya mata dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah sekali lagi.

gambar kahwin ustaz don

Satu lagi gambar perkahwinan Ustaz Don untuk tatapan anda. Terima kasih. Kredit gambar kepada ArtmospherePhotography.

Written by AbangNara | August 23rd, 2012

Jutaan tahniah diucapkan kepada Ustaz Don Daniyal yang telah pun selamat bernikah pagi tadi. Kini Ustaz Don telah pun bergelar suami kepada Husna. Majlis pernikahan telah dilangsungkan dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran.
gambar kahwin ustaz don
Menurut info yang dihantar menerusi email, majlis persandingan akan diadakan pada 1 September ini. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ustaz Don dan pasangannya. Semoga perkahwinan anda berkekalan sehingga ke akhir hayat. Nanti kalau ada gambar perkahwinan Ustaz Don akan Abang Nara uploadkan untuk tatapan anda.

Written by AbangNara | August 10th, 2012

Selepas membuat pengakuan telah bertunang baru-baru ini, pasti ramai yang teruja untuk mengetahui tarikh perkahwinan Ustaz Don Daniyal. Terima kasih kepada seorang pembaca yang mengirimkan gambar kad perkahwinan Ustaz Don dan Husna seperti di bawah. Comel sangat kad kahwin ini. Cute gila kan?

gambar kad kahwin ustaz don daniyal

Sayangnya tidak pula dinyatakan bila tarikh perkahwinan akan dilangsungkan antara Ustaz Don Daniyal dan Husna. Apa pun ucapan tahniah sangat-sangat kepada pasangan ini atas berita gembira ini. Semoga segalanya berjalan lancar dan rumah tangga yang dibina kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Kredit foto blog Melyssanadiea.