Written by AbangNara | September 22nd, 2012

Memang sama cantik dan sama padan pasangan ini. Ustaz Don Daniyal dan Husna Mohd Zahry kini sedang bahagia menjalani kehidupan bahagia sebagai suami isteri. Walaupun ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah pertemuan mereka terjadi, Ustaz Don lebih gemar berahsia mengenai hal tersebut.

ustaz don
Di dalam entri gambar majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna, ada pembaca yang tertanya-tanya apakah hukum memakai inai. Di dalam Mingguan Wanita, Ustaz Don mengulas secara panjang lebar mengenai perkara itu:-

Saya mahu jelaskan di sini berkenaan dengan pertanyaan mengenai inai di jari. Jika kita menyemak fatwa yang ada, mengapa ukiran di tangan dibenarkan di dalam Islam? Pertama, inai adalah perhiasan wanita. Lelaki pula tidak boleh memakai inai kecuali untuk perubatan. Ada juga yang sebut, bagaimana pula dengan ukiran? Ukiran ini disebut oleh ulama yang dibolehkan adalah dalam bentuk tumbuh-tumbuhan dan tidak berbentuk apa-apa makhluk

Banyak lagi cerita-cerita menarik pasangan pengantin baru ini yang telah dikongsi menerusi Mingguan Wanita. Jangan lupa dapatkannya di pasaran atau anda boleh membacanya secara online di laman web Mingguan Wanita.

P.S: Cute gila roti-roti bakar ini. Tak sampai hati nak makan.

Written by AbangNara | September 3rd, 2012

Pada 1 September lepas, telah pun berlangsung majlis resepsi sebelah lelaki untuk pasangan pengantin baru, Ustaz Don Daniyal dan Husna. Majlis yang telah diadakan di Dewan Kuis khabarnya sangat meriah dengan kehadiran tetamu yang sangat ramai. Pastinya tetamu yang datang sangat gembira dapat melihat kelibat pengantin baru ini.

gambar ustaz don

Sekali lagi Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Ustaz Don Daniyal dan Husna atas perkahwinan anda berdua. Selamat menempuh alam perkahwinan yang penuh dengan pancaroba. Sama-samalah kita doakan agar Ustaz Don dan Husna cepat-cepat dikurniakan cahaya mata untuk menyerikan lagi rumah tangga mereka.

gambar ustaz don

5 lagi gambar di sekitar majlis resepsi pengantin lelaki dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Media Hiburan.

 
Written by AbangNara | August 27th, 2012

Sesungguhnya Abang Nara tak sangka ramai juga peminat Ustaz Don Daniyal di kalangan pembaca blog BeautifulNara. Abang Nara pasti ada yang kecewa kerana gagal menjadi wanita pencuri hati Ustaz Don, tetapi doakanlah Ustaz Don dan Husna bahagia selamanya. Mereka berdua nampak sangat sweet-sweet gitu.

husna ustaz don

Lagi 8 keping gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Ustaz Don dan Husna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Nadia Zahari Photography yang juga merupakan official photographer untuk majlis ini.

 
Written by AbangNara | August 26th, 2012

Setelah melihat gambar-gambar majlis pernikahan Ustaz Don dan Husna yang penuh meriah dalam kesederhanaan, pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan pengantin baru ini di majlis resepsi mereka. Mengikut apa yang Abang Nara baca di suratkhabar hari ini, lebih 3,000 tetamu hadir di majlis yang telah berlangsung di Pulau Pinang ini. Memang meriah habis kan?

gambar resepsi perkahwinan ustaz don

Renung-renung manja nampaknya Ustaz Don dan Husna. Hehehe. Lagi 4 keping gambar majlis resepsi perkahwinan Ustaz Don dan Husna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada ArtmospherePhotography yang merupakan jurugambar rasmi untuk majlis ini.