Written by AbangNara | June 9th, 2014

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Jimmy Shanley, 34 tahun yang telah selamat bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27 tahun Sabtu lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam kira-kira jam 5 petang. Perkahwinan ini juga sekaligus menafikan desas-desus yang Jimmy telah menamatkan zaman dudanya dengan seorang janda yang bertebaran sebelum ini.

jimmy shanley

Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan oleh ayah Mariam sendiri dengan sekali lafaz sahaja. Mariam telah menerima mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran RM15,000. Kata Jimmy Shanley menerusi Mstar Online:-

Alhamdullillah, perkahwinan ini menepis khabar angin sebelum ini tentang saya berkahwin atau bercinta dengan janda. Isteri saya ini bukan janda dan ini perkahwinan pertamanya. Saya tahu ada orang sebarkan fitnah tentang saya berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda kerana mereka tersilap orang.

Ketika khabar angin itu tersebar saya sudah berkawan dengan dia dan saya bimbang juga tanggapan dia kepada saya. Bukan saya merahsiakan sebaliknya saya tidak mahu orang bercakap dan timbul apa-apa fitnah lagi. Sebelum ini saya pernah mengalami macam-macam perkara dan saya tidak mahu ia berlaku kepada Mariam.

Kami dikenalkan oleh seorang kawan dan boleh dikatakan sudah hampir beberapa tahun dan bagi saya dia seorang yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. Dia tidak ramai kawan sama seperti saya dan kami suka mengisi masa lapang dengan mencari makanan yang sedap-sedap dan main volley ball.

Saya selesa bersama dia dan dia seorang yang tahu tentang agama, lagi pula dia pandai menjaga hati saya dan ibu bapa saya.

jimmy shanley

Jimmy dan Mariam akan berbulan madu di Eropah sebelum ketibaan bulan Ramadhan. Tahniah sekali lagi diucapkan buat Jimmy dan Mariam atas perkahwinan ini. Semoga perkahwinan kali kedua buat Jimmy ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 4th, 2010

gambar kahwin jimmy shanley

Jimmy Shanley yang penuh berpengalaman di depan orang ramai pun lafaz nikah 3 kali, inikan pula kami orang yang biasa nie. Kata Jimmy, dia gelabah sebab tiba-tiba ada microfon masa time nak akad nikad tue. Kami tak dapat bayangkan lagi perasaan Jimmy sebab kami belum kahwin lagi. Tapi kami rasa memang gementar gile kot.

Harap-harap nanti time kami kahwin tak ada la microfon nie. Seriau darah kalau semua orang nak dengan lafaz nikah. Confirm tergeliat lidah. Benda senang pun jadi susah. Tak gitu? Eh lupa pulak. Kepada yang dah kahwin tue share-share la cerita pasal akad nikah korang dulu. Berapa kali anda baru sah lafaz nikah?

Lagi gambar sekitar perkahwinan Jimmy Shanley dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Check out AmazingNara. Banyak gak update video awesome hari nie.

 
Written by AbangNara | February 17th, 2010

jimmy shanley bertunang

Pengacara baru AF8 si Jimmy Shanley nie dengar ceritanya dah bertunang dah. Siap pakai cincin tunang kat tangan lagi. Cuba korang perhati betul-betul gambar kat atas tue, nampak tak gambar cincin kat jari si Jimmy tue? Mungkin itulah kot yang dimaksudkan dengan cincin pertunangan Jimmy.

Tapi kalau betul lah bertunang, kenapa agaknya si Jimmy nie asyik nak menafikan jer ek? Selalu betul dia cakap kat media yang dia nie masih single-mingle lagi. Katakanlah sebenarnya memang betul dia dah bertunang, mesti hancur remuk perasaan tunang dia bila Jimmy cakap dia still single lagi. Kalau kami lah jadi tunang dia, compem berendam air mata.

Sumber gosip dari Murai ini pun ada menyatakan yang si Jimmy nie pergi kursus kahwin dah. Dan mungkin perancangan untuk berkahwin bulan Mac nie terpaksa ditunda sebab AF8. Entah betul ke tidak tak tau la kan. Namanya pun gosip. Harap-harap si Jimmy nie jadilah lelaki sejati dan mengakui kebenaran di sebalik cerita nie.

Kami rasa si Jimmy nie mesti takut saham dia jatuh bila peminat-peminat tau dia dah bertunang. Rileks la bro. Jangan risau sangat. Peminat skang dah pandai dah. Kalau betul-betul berbakat, kitorang sokong punya walaupun dah beranak 5. Bak kata omputeh, talent first. Benda lain belakang cerita.

Apa-apa pun, all the best to Jimmy Shanley especially untuk Akademi Fantasia 8 (AF8) nie nie.