Written by AbangNara | May 7th, 2013

Demam PRU13 menyebabkan Abang Nara gagal berkongsi gambar-gambar perkahwinan Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee yang telah berlangsung Sabtu lalu. Namun jangan risau, kini anda boleh menatap dengan puas keriangan wajah pengantin baru ini di hari bersejarah mereka.

gambar kahwin jehan miskin

Abang Nara perasan kalau mereka berdua tersenyum, memang sebijik muka. Semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat bersama cahaya mata yang ramai. Tak sabar pulak nak tengok anak hasil perkahwinan mereka. Mesti comel macam mak ayahnya.

gambar kahwin jehan miskin

Lagi 44 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada CipotRedz.

 
Written by AbangNara | May 1st, 2013

Desas-desus yang menyatakan bakal isteri Jehan Miskin adalah seorang gadis Korea ternyata benar. Jehan Miskin dilaporkan akan mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis tersebut pada hari Sabtu ini dalam sebuah majlis di Carcosa Seri Negara.

isteri jehan miskin

Berkata kepada Harian Metro hari ini, Jehan memberitahu akan menceritakan segalanya di hari pernikahan kelak. Kata Jehan:-

Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya. Saya akan ceritakan segalanya nantio selepas selesai majlis pernikahan. Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini

gambar isteri jehan miskin

Jutaan tahniah buat Jehan Miskin atas berita gembira ini. Akhirnya gadis Kimchi yang berjaya mencuri hati Jehan. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayat. Diharap Jehan simpan sedikit tenaga untuk keluar mengundi pada hari Ahad. Hehehe ~