Written by AbangNara | December 27th, 2013

Bagus betul kekasih hati merangkap bakal suami Izara Aishah ini. Syarat-syarat yang ditetapkan olehnya sebelum Izara menjadi isterinya memang wajar bagi pendapat Abang Nara. Iyerlah, hati suami mana yang tak panas sekiranya isteri tercinta dipeluk oleh lelaki lain. Memang terbakar jiwa raga.

izara aishah

Oleh kerana syarat-syarat yang ditetapkan oleh kekasihnya, Izara Aishah meminta tempoh selama tujuh tahun untuk aktif berlakon sebelum memutuskan untuk berumah tangga. Kata Izara kepada Mstar Online:-

Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti. Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja.

Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini. Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja

izara

Lelaki sebegini memang sukar dicari. Abang Nara nasihatkan agar Izara tidak mensia-siakan percintaannya dengan kekasihnya. Memang ada value sebagai suami sejati. Nampak ada hala tuju dan begitu menyayangi bakal isterinya. Tahniah buat Izara kerana berjaya menjumpai seorang lelaki yang begitu mengambil berat dan bertanggungjawab ke atas dirinya.

Written by AbangNara | August 5th, 2013

Pergh~~ Izara Aishah sememangnya sudah cantik orangnya. Namun apabila Izara tampil dalam persalinan pengantin, kecantikannya boleh dikatakan naik satu tahap lagi. Memang cantik menawan sungguh. Boleh buat semua jejaka yang melihat jatuh cinta pandang pertama.

izara aishah pengantin

Dengan tajuk “Epilod Cinta Agung”, pilihan majalah Pengantin untuk menjadikan Izara sebagai cover majalahnya memang satu pilihan yang tepat. Abang Nara yang dah kahwin pun rasa nak beli. Hehehe. Adakah Izara berbicara mengenai kekasih hatinya di dalam majalah Pengantin kali ini?

izara aishah pengantin

Kalau nak tahu, kenalah beli majalah Pengantin di kedai-kedai buku berhampiran anda. Lagi beberapa keping gambar si cantik manis Izara Aishah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Kit badan Proton Preve R3 akan mula dijual September ini