Written by AbangNara | June 6th, 2015

Hari ini telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Alhamdulillah Abang Nara pun sempat hadir ke majlis yang telah berlangsung di kediaman ibu bapa Hanis bertempat di Bukit Jelutong. Memang meriah. Khemah besar, pelamin cantik, pengantin kacak serta jelita dan makanan sedap-sedap. Senang cerita, memang terbaik!!!

gambar kahwin hanis zalikha hairul azreen

Majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara. Sementara Dina Nadzir pula telah menghiburkan para tetamu dengan nyanyiannya. Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Fouziah Gous, Kilafairy, Dafi dan ramai lagi. Seronok tengok senyum kegembiraan yang terukir di wajah Hanis dan Hairul. Berseri-seri sungguh!!!
gambar kahwin hanis zalikha hairul azreen

Semoga berbahagia ke akhir hayat diucapkan buat Hanis dan Hairul. Selamat menjalani kehidupan suami isteri. Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Arjuna Angkasa.

gambar kahwin hanis zalikha hairul azreen

 
Written by AbangNara | June 6th, 2015

Hari ini akan berlangsungnya majlis resepsi sebelah pengantin perempuan untuk pasangan pengantin baru, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini. Pasti meriah. Tak sabar rasanya nak tengok. Namun buat mereka yang belum puas menatap kecantikan dan ketampanan pasangan mempelai ini di hari pernikahan mereka, Abang Nara kongsikan beberapa gambar kualiti tinggi untuk tatapan anda. Memang sama cantik sama padan pasangan ini.

gambar nikah hanis zalikha hairul azreen

Abang Nara doakan agar Hanis dan Hairul akan berbahagia ke akhir hayat, mendapat cahaya mata yang ramai dan sentiasa dimurahkan rezeki. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Jurugambar rasmi untuk pasangan ini ialah  Bakk dari White Space Void Space , Molkhan, Muhammad Zameer dan Azim Clickerstudio.

 
Written by Bella | February 10th, 2015

Sebelum ini, ramai yang mengetahui bahawa Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah bercuti ke Paris. Ramai yang menyangka mereka ke sana hanya untuk membeli barang hantaran tetapi sebenarnya mereka mempunyai rencana yang lain juga.
Menerusi sebuah video yang diterbitkan di YouTube atas nama Celebrate TV kelihatan pasangan tersebut sedang menjalani penggambaran bagi pra perkahwinan mereka. Sesi fotografi tersebut berjalan secara rancak dengan kehadiran beberapa krew serta Hairul dan Hanis Zalikha sendiri yang kelihatan sungguh romantis.

Video tersebut menguatkan lagi khabar angin bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama sahaja lagi.

Saksikan klip video tersebut dibawah:

Memang jelas la mereka ni sedang dilamun cinta bukan? Bertuahnya pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sempat lagi menjalani penggambaran di kota cinta Paris, romantik giteww. Harapnya lepas kahwin pun akan terus romantik ye dak?

Sumber: Celebrate TV

Written by AbangNara | February 6th, 2015

Hai romantiknyalah bakal pengantin baru kita ini. Seronok melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka. Seronok juga melihat mereka bercuti di kota London dan Paris sambil ditemani keluarga tercinta. Memang kedua-dua tempat idaman Abang Nara tue. Daripada apa yang Abang Nara lihat di laman sosial Hanis, nampak gaya macam mereka mencari barang untuk dijadikan hantaran. Amboi, amboi,amboi. Memang dah dekat lah tue tarikh.

hanis zalikha hairul

Menariknya juga apabila ada satu ‘pose’ Hairul Azreen berlatarbelakangkan Eiffel Tower dengan sebuah vespa. Ini dah macam gambar pra perkahwinan dah nie. Smart pun smart. Mungkin ada kejutan yang bakal dipaparkan oleh mereka berdua nanti. Sama-samalah kita nantikan. Yang penting memang kelas kalau ambil gambar pra perkahwinan di Paris. Kota romantik tue.hanis zalikha hairul

Selamat membeli-belah diucapkan kepada Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Balik tolong beli fridge magnet untuk Abang Nara ye. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.