Written by AbangNara | October 28th, 2013

Bagi Abang Nara usahlah kita mempersoalkan tindakan Ashraf Muslim yang berkahwin dua. Abang Nara rasa Dayana pun sudah redha dengan apa yang berlaku. Majlis persandingan ini pun wajar dilakukan untuk menghormati keluarga sebelah pengantin perempuan. Lagipun selaku seorang wanita, Wan Sakinah pasti mengidamkan majlis persandingannya sendiri.

gambar persandingan ashraf muslim wan sakinah

Yang penting kita doakanlah agar Ashraf Muslim dapat berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya. Jangan berbelah bahagi kasih sayang. Jangan sayang isteri muda je sehingga isteri tua dipinggirkan. Abang Nara percaya dengan ilmu agama yang tinggi di dada Ashraf Muslim, perkara sebegitu tak akan berlaku.

gambar persandingan ashraf muslim wan sakinah

Kepada Wan Sakinah dan Ashraf Muslim, tahniah atas majlis persandingan yang tampak meriah. Semoga kalian berbahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Bicara Lensa.

 
Written by AbangNara | October 28th, 2013

Di kala semua mata terarah kepada pernikahan Diana Amir dan Habib, rupa-rupanya turut sama berlangsung majlis persandingan Ashraf Muslim dengan isteri keduanya, Wan Sakinah. Kedua-dua mempelai kelihatan berseri-seri dengan persalinan baju pengantin serba hijau. Sama cantik dan sama padan.

gambar persandingan wan sakinah ashraf muslim

Wan Sakinah yang kini disahkan hamil memang jelas nampak seri ibu mengandungnya. Ashraf Muslim pula seperti biasa memang sentiasa segak. Abang Nara masih tidak dapat sahkan di manakah majlis persandingan ini dijalankan. Namun yang pasti kemeriahannya jelas terserlah.

gambar persandingan wan sakinah ashraf muslim

Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis persandingan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Colour Pictures dan pembaca BeautifulNara yang menghantar email dan Whatsapp kepada Abang Nara.