Written by serenity | August 14th, 2015

Sebentar tadi, selebriti Abby Abadi telah selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya, Jai Ezzany atau nama sebenarnya, Muhammad Faizal Zakaria di Masjid As-Sobirin, Keramat, Kuala Lumpur.


 photo 11849381_1630436030571044_288310187_n.jpg

Perkahwinan ini ialah merupakan perkahwinan ketiga Abby setelah bercerai dengan suami sebelum ini, Muhammad Noor Farhan Che Bakar. Abby mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama dengan aktor Norman Hakim.

Pasangan ini berkenalan tahun 2013 tapi Abby tak perasan kehadirannya. Mereka berhubung semula atas urusan kerja pada Disember 2014.

Semoga berbahagia diucapkan buat Abby. Diharapkan perkahwinan ini yang terakhir buat beliau dan kekal hingga ke syurga. Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar HLive Official.

Mah meri from carey Island…come and visit their exhibition!!!

Posted by Malaysia International Mask Festival on Thursday, 13 August 2015

 
Written by Bella | August 6th, 2015

Lagi cerita mengenai Abby Abadi dan perkahwinan beliau, ya kami tahu banyak dah cerita fasal beliau minggu ini memang cukup hangat la orang kata.

Jika sebelum ini Memey Suhaiza memberitahu beliau tidak terkejut Abby mahu berkahwin sekali lagi, terbaru Norman Hakim pula menyifatkan Jai ataupun nama sebenarnya, Mohd Faizal Zakaria seorang jejaka yang cool selepas  Abby memperkenalkan bakal suaminya itu kepada Norman.

Saya tahu mereka sudah berkawan sejak beberapa tahun yang lalu. Malah Abby sendiri pernah membawa bakal suaminya itu berjumpa dengan saya.

Namun ketika dia bawa berjumpa saya, masa itu saya pun tidak tahu  mereka ada hubungan istimewa  tetapi yang saya tahu mereka hanya rakan niaga sahaja. Melalui perjumpaan itu, apa yang boleh saya katakan bakal suaminya seorang yang cool. Itu sahaja.

Norman mendoakan kebahagiaan bekas isterinya bersama Jai dan mengharapkan perkahwinan kali ini dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Abby Abadi dan bakal suaminya

Saya dan Memey dari dahulu lagi memang sentiasa mendoakan kebahagiaan Abby. Malah, saya harap perkahwinan Abby kali ini kekal hingga akhirnya dan Faizal merupakan pilihan terbaik  untuknya.

Tidak ramai yang mampu mengekalkan hubungan baik bersama bekas suami  selepas bercerai, meskipun ramai yang mengutuk Abby Abadi kerana kelantangan beliau bersuara dalam hal politik, tetapi beliau Norman Hakim dan Memey Suhaiza boleh menjadi contoh bahawa mereka masih boleh menjalinkan silatulrahim.

Sumber Berita: Murai

Written by Bella | August 4th, 2015

Berita mengenai Abby Abadi yang bakal berkahwin untuk kali ketiga bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat Memey Suhaiza dan suaminya Norman Hakim. Menurut Memey, Abby telah memberitahu khabar gembira tersebut kepada mereka berdua sebelum mengumumkannya di laman Instagram.

Saya dan Norman memang tidak terkejut dengan berita itu kerana sebelum ini lagi dia sudah beritahu hasratnya untuk berkahwin lagi. Cuma baru-baru ini sahaja baru secara rasmi dia beritahu kepada umum pengumuman tarikh perkahwinannya.

Abby Abadi bakal bernikah dengan seorang wartawan yang mula beliau kenali pada tahun 2013 tetapi mula rapat pada Disember 2014 atas urusan kerja. Bakal suami Abby yang mesra disapa Jai merupakan wartawan bagi akhbar pembangkang iaitu Harakah.

Majlis pernikah mereka akan diadakan pada 14 Ogos ini bertempat di Keramat, Kuala Lumpur. Sebelum ini Abby pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Selepas itu beliau bernikah dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar di Selatan Thailand pada Julai 2013 dan akhirnya bercerai juga pada Jun 2014.

Sumber Berita: Murai

Written by Bella | August 3rd, 2015

Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lepas telah mengumumkan beliau bakal menamatkan zaman jandanya bersama seorang jejaka dikenali sebagai Jai, berita tersebut diterima baik oleh peminatnya yang mendoakan kebahagian beliau.


Terbaru, menerusi portal mStar Online, bakal suami Abby yang nama sebenarnya Muhammad Faizal Zakaria memberitahu sikap penyayang dan dermawan yang ada pada Abby membuatkan beliau tertarik untuk memperisterikan bekas anggota  kumpulan Elite tersebut. Untuk pengetahuan anda, Jai merupakan seorang wartawan kanan di akhbar Harakah.

Ramai yang tidak tahu Abby sebenarnya seorang penyayang dan sikap suka membantu dan menderma kepada golongan susah, itu membuatkan saya tertarik hati kepadanya.

Sebelum ini, macam-macam cerita yang kita dengar mengenai Abby bukan? Ada yang mengata beliau sebagai seorang wanita yang garang dan seorang “queen control”. Namun, buat Jai beliau tidak pernah menilai keperibadian wanita tersebut hanya berdasarkan khabar angin.

Malah, soal status Abby yang juga seorang janda juga bukan isu kerana dirinya sendiri sendiri pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.

Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan. Saya ada tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu, begitu juga Abby. Ini adalah jodoh kami dan Insya-Allah ia akan saling melengkapi kami.

Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata  Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim, 7, sebelum bercerai pada tahun 2008.

Kemudian, Abby  bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Sumber Berita: mStar Online