Written by Bella | November 19th, 2018

Ramai yang sudah tahu semalam akters jelita Fasha Sandha sudah mengikat tali pertunangan dengan cinta hatinya, Aidil Azizi dalam sebuah majlis tertutup. Tentunya ramai yang gembira dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Bekas suami Fasha iaitu Jejai ataupun nama sebenarnya, Rizal Ashram Ramli menerusi akaun Instagram memuat naik satu ucapakan dedikasi khas buat pasangan tersebut mendoakan agar mereka dilimpahi dengan kebahagiaan.

Ucapan ikhlas Jejai itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji sikap beliau yang sangat ‘sporting’ selain tetap mempunyai hubungan yang baik dengan bekas isterinya itu.

Terdahulu, Fasha dan Jejai pernah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Written by Bella | November 18th, 2018

Selepas bermain teka-teki mengenai perhubungan mereka, pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz mengejutkan ramai dengan berita gembira  mereka sudah mengikat tali pertunangan hari ini selepas setahun bercinta.

Dilamar pada 21 Jun yang lalu, Fasha mengambil masa beberapa bulan untuk berfikir sebelum menerima lamaran tersebut.

Pak Ngah (panggilan manja) telah melamar saya pada 21 Jun lalu dan saya mengambil masa beberapa bulan untuk memikirkan tentang perkara ini. Saya sebenarnya khuatir dan dilema untuk menerima pada mulanya. Namun saya lihat kualiti yang ada pada Aidil. Saya tertarik kerana Aidil meletak usaha dan inisiatif untuk mendekati anak-anak saya dengan meluangkan masa, dan bijak mengambil hati mereka berdua. Malah Aidil juga pandai menghormati kedua ibu bapa dan keluarga saya.

Buat Aidil pula, tempoh perkenalan dan mengenali hati budi masing-masing selama setahun sudah cukup membuatkan hatinya yakin untuk ke fasa yang lebih serius dengan Fasha.  Mungkin ada sesetengah pihak mempertikaikan hubungan mereka, tetapi Aidil tidak peduli dengan percakapan orang. Kata Aidil, semuanya sudah diaturkan oleh ketentuan takdir dan jodoh.

Bohong kalau saya katakan tiada yang persoal atau memandang pelik kerana siapa saya yang masih bertatih membina nama untuk memiliki hati Fasha yang cukup besar profilnya sebagai pelakon di Malaysia. Namun saya percaya soal jodoh ini bukan kerja kita dan jauh sekali untuk kita persoalkan. Sudah tertulis jodoh saya dengannya dan saya menerima baik ketentuan itu. Justeru persepsi negatif atau apa saja pandangan orang lain tak perlu saya fikirkan.

Dalam majlis pertunangan tersebut yang diadakan secara sederhana di kediaman Fasha, pihak Aidil menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang dari pihak Fasha. Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuklah sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan, wangian dan pakaian.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua. Jom kita lihat beberapa foto eksklusif sekitar majlis pertunangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : kaki5photo

 
Written by Bella | November 18th, 2018

Tidak mahu terlalu kecoh sebelum ini dan hanya bermain teka-teki mengenai gosip beliau bakal bertunang, akhirnya pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat mengikat tali pertunangan hari ini.

Difahamkan majlis tersebut diadakan secara tertutup di kediaman Fasha di Ampang dan hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan rapat mereka sahaja.

Tampil sedondon dalam persalinan berwarna ungu, Fasha kelihatan begitu bahagia dan anggun sekali mengenakan busana yang direka khas oleh Rizman Ruzaini.

Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Saya bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali. Saya berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke perkahwinan.

Fasha dan Aidil mula rapat sejak setahun yang lalu ketika sama-sama terlibat dalam sebuah sitkom. Namun, kedua-duanya sering berselindung mengenai status hubungan mereka meskipun video serta foto mesra mereka pernah tular.

Tahniah kami ucapkan kepada Fasha dan Aidil, semoga perancangan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Astro Awani, Rizman Ruzaini & NSTP