January 25th, 2011

stailista february 2011

Agaknya photoshoot dan tajuk cover depan majalah Stailista Februari 2011 ini dibuat sebelum keluarnya cerita Fasha Sandha dan Jejai sudah putus cinta hari ini. Nampaknya sudah tidak relevan tajuk “Fasha Sandha Sayang Jejai” apabila kisah cinta mereka sudah pun berakhir secara rasminya.

Untuk melegakan hati FS yang sedang lara, izinkan Abang Nara berpantun khas untuk FS:-

Bunga mawar bunga ros
Cantik lagi bunga tahi ayam
Tiada Jejai hidup mesti terus
Biar hati pedih macam ditikam

Ok serious Abang Nara punya pantun failed. Korang ada pantun tak nak bagi kat FS? Pantun 2 kerat pun layankan je.

November 3rd, 2010

jejai tak pakai topi

Patutlah selama ini Jejai memakai topi, wajahnya terlalu hensem sehingga mampu membuatkan awek lain terpikat kepadanya sekaligus menyebabkan Fasha jeles apabila kehitaman rambutnya terserlah di khayalak ramai.(sila baca dalam satu nafas)

Hidup Jejai ~~

P.S: Ainan Tasneem, adakah dia bakal menjadi the next Yunalis?

June 1st, 2009

fasha comel

Lama betul tak dengar cerita terbaru tentang pelakon wanita paling sensasi Malaysia, si Fasha Sandha nie. Tup-tup semalam keluar Harian Metro, cover depan sampai 3 muka surat cerita pasal dia jer. Siap keluar semua citer lelaki-lelaki yang ada kaitan ngan dia.

Kata Fasha, dia bakal bertunang September nie dan akan kawin paling lewat tahun depan. Calonnya? Bukannya bekas suami Nora Danish, si Rizal tue. Sebab kata Fasha, bakal suaminya itu bukan duda ataupun suami orang. Boleh percaya ke nie?

Tapi ada berita sedih buat peminat Fasha Sandha(ada ke orang minat dia nie?). Kata Fasha lagi, lepas berkahwin nanti dia akan bersara daripada dunia lakonan. Bakal suami tak bagi berlakon lagi dah. Lagipun katanya sekarang nie duit dia pun dah cukup untuk bagi kesenangan kepada keluarga dia.

Apa-apa pun Fasha, kalau betullah anda akan berkahwin kami ucapkan tahniah banyak-banyak. Lagi bagus kalau memang betul bakal suami anda itu seorang bujang. Buang semua kontroversi panas anda dengan si Rizal tue dulu. Ramai orang yang sakit hati sebab tue.

Dan kalau anda masih belum baca artikel-artikel kami yang dulu pasal Fasha, jangan segan-segan nak baca. Antara artikel menarik ada di bawah nie:-