January 19th, 2012

Kami dikhabarkan yang Farah Lee, bakal isteri Ally Iskandar dan keluarganya sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung esok, 20 Januari. Farah yang berusia 23 tahun telah bercerita pada Harian Metro tentang penerimaannya pada Ally yang tua 13 tahun daripadanya:-

Saya terima abang (Ally Iskandar) sebab dia dapat terima dan hormat keluarga saya seperti keluarganya sendiri, malah keluarga saya juga dapat menerimanya dengan hati terbuka.

Saya sudah lama kenal kewujudan abang sebagai pengacara TV3, tetapi ketika itu saya tidak endah sangat sehingga adiknya mengajak saya bertemu abang dan dari situ bermula cinta pandang pertama.

Dan pertemuan itu berlaku pada 20 Ramadhan tahun lepas. Menurut Farah, Ally ialah seorang lelaki yang matang dan mampu membimbingnya:-

Walaupun umur kami berbeza 13 tahun, tetapi saya tidak kisah sebaliknya beruntung kerana dia lelaki matang dan lebih penting dapat membimbing saya yang baru berhijrah memakai tudung selepas menunaikan umrah tahun lalu.

Beg goodies tetamu khabarnya memaparkan rekaan logo yang direka sendiri oleh Farah:-

Sangat comel,kan? Kami doakan majlis esok hari berjalan lancar dan diberkati-Nya. Amin. Kredit gambar Fanpage Blog Farah Lee.

January 6th, 2012

Mungkin ramai di antara anda yang sudah mendengar khabar angin tentang pernikahan antara Ally Iskandar dan Farah Lee yang kononnya akan berlangsung pada 20 Januari 2012 ini. Khabar angin tersebut bertiup kencang apabila Ally dikatakan telah menjemput rakan-rakannya di TV3 untuk ke majlis tersebut. Jemputan pula dilakukan secara mulut tanpa memberikan kad undangan perkahwinan.

farah lee dan ally iskandar

Sama cantik sama comel kan pasangan di atas? Selaku senior tempat belajar dengan Farah Lee, Abang Nara cuba mendapatkan komen daripadanya tentang gosip ini. Sayangnya Farah Lee yang memang terkenal dengan sifat kewanitaan yang ayu telah memberikan jawapan no komen. Manakala Ally Iskandar pula memang tidak dapat dihubungi semenjak dua ini oleh media-media lain untuk memberikan pengesahan.

Apa pun, 20 Januari hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kalau benar, tahniah Abang Nara ucapkan. Walaupun baru berusia 22 tahun, tak salah rasanya untuk Farah Lee menjadi seorang isteri. Ally Iskandar pula rasanya memang sudah bersedia untuk menjadi ketua keluarga. Namun jika berita ini tidak benar, maknanya ada can la lagi untuk anda mengorat Farah Lee ataupun Ally Iskandar. Ahaks~~

September 4th, 2011

Wokei ini cerita yang agak hangat. Sudah kecoh seantero Malaysia yang kononnya Ally Iskandar sudah masuk merisik Farah Lee, seorang pelajar Malaysia yang kini sedang belajar di Korea. Untuk makluman, Farah Lee ialah orang Terengganu dan merupakan junior Abang Nara semasa di Korea dulu. Memang comel orangnya.

farah lee ally iskandar

Seperti yang semua sedia maklum, Ally Iskandar telah putus tunang baru-baru ini dengan Nur Aishah. Jadi berita merisik ini sememangnya agak mengejutkan kerana agak cepat ianya berlaku. Namun selaku senior kepada Farah Lee, dengan pantas Abang Nara mesej dan bertanya sama-ada betul atau tidak risikan ini berlaku kepada tuan punya badan.

Namun begitu, jawapan yang diterima tidaklah mengiyakan atau menafikan khabar risikan ini. Tetapi bagi Abang Nara, sekiranya benar Ally Iskandar masuk merisik Farah Lee, sesungguhnya Ally sangat-sangat bertuah. Sepanjang mengenali Farah Lee di Korea, budak nie memang baik, menghormati orang tua dan mesra dengan rakan-rakan. Kesimpulannya memang pandai Ally memilih.

Buat masa ini Farah Lee telah tiba di Korea untuk menyambung pengajiannya semula. Nanti kalau sempat Abang Nara akan cuba korek lagi rahsia. Kalau berita ini benar, sekali lagi tahniah kepada Ally dan Farah Lee. Semoga perhubungan ini berkekalan.