March 9th, 2016

Kata orang, kebenaran itu memang pahit untuk ditelan. Selaku seorang chef selebriti yang terkenal seantero dunia, Chef Wan layak untuk memberikan pandangannya tentang chef selebriti yang tumbuh bak cendawan selepas hujan menerusi program realiti televisyen. Bagi Chef Wan, chef-chef ini masih mentah dan kurang pengalaman untuk muncul di kaca televisyen.

chef wan

Secara jujur, hanya ada beberapa orang chef di Malaysia yang mampu membuatkan Abang Nara tidak menukar saluran televisyen. Chef Wan adalah salah seorang daripadanya. Chef-chef yang baru ini memang kurang daya tarikan. Harap muka sahaja kacak dan cantik. Interaksi dan komunikasi dengan penonton memang agak kurang memuaskan. Karisma pun tiada. Kata Chef Wan:-

Saya tidak rasa program realiti yang diperkenalkan untuk melahirkan chef ini membantu mencari seorang chef yang berkualiti untuk berada dan berkomunikasi dengan baik di televisyen. Apa yang saya lihat ialah mereka kurang berpengalaman, masih mentah dan tidak cukup terlatih lagi. Jadi, chef selebriti ini tidak semudah yang mereka sangka.

Banyak kretaria yang penting untuk menjadi seorang chef selebriti, bukan sekadar pandai masak beberapa jenis masakan atau memenangi program realiti untuk melayakkan seseorang mendapat gelaran itu

chef wan

Diharap chef-chef selebriti di Malaysia mengambil berat teguran Chef Wan ini dan berusaha membaiki diri mereka. Sekali sekala turunlah pergi berjumpa dengan Chef Wan untuk meminta tips dan belajar dengannya. Selaku seorang senior, Abang Nara yakin Chef Wan tidak lokek untuk berkongsi segala ilmunya. Chef-chef yang muda ini janganlah pula sombong dan besar kepala. Selaku yang lebih muda, memang adab untuk kita pergi bertemu dengan mereka yang lebih tua. Kalau tak ada usaha sebegini, sampai bila-bila pun akan berada di takuk lama. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Advertisement
July 6th, 2009

chef wan

Jutaan tahniah kepada Chef Wan kerana diberikan anugerah Selebriti Chef Terbaik Dunia di Gourmans Award 2009 baru-baru ini. Satu lagi anugerah yang Chef Wan menang malam tue antaranya ialah buku resepinya menjadi buku kutipan amal yang terbaik.

Diulangi sekali lagi yang Chef Wan menang anugerah Selebriti Chef Terbaik Dunia. D.U.N.I.A(eja betul-betul ye adik-adik). Buat kerajaan Malaysia dan mereka-mereka yang berkaitan, kami ingin maklumkan kepada anda yang Chef Wan ini adalah warganegara Malaysia bukannya India.

Silalah bagi gelaran Dato’ ke apa ke yang sepatutnya kepada Chef Wan. Bukan sikit nama Malaysia diharumkan oleh Chef Wan. Malah sepanjang dia buat road tour seluruh dunia, nama Malaysia sentiasa dia jaja kat mulut. Kiranya dah jadi macam duta tak rasmi Malaysia.

Ini dah menang anugerah bagak besar kalau tak dapat apa-apa title tak tau ler. Kak Pah yang tak pernah menang anugerah International pun leh dapat Dato. SRK yang cuma pernah wat shooting kat Melaka pun leh dapat Dato’. Takkan Chef Wan tak boleh kot?

Takkanlah nak tunggu sampai orang tue dah tak ada kat dunia nie baru sibuk nak bagi gelaran. Contoh terbaik ialah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ngan Allahyarham Sudirman. Dah lama meninggal dunia baru terhegeh-hegeh nak bagi title tue la, title nie la. Apa pekdahnya dia dapat menatang tue padahal tengah dalam kubur?

Buat mereka yang berkenaan, fikir-fikirkanlah ye. Oh ya untuk makluman anda, Chef Wan nie asalnya dari Raub Pahang. Jadi kerajaan negeri Pahang tue silalah buat apa yang patut.

Advertisement