Written by AbangNara | November 18th, 2012

Aduh. Sedih pulak Abang Nara membaca perkembangan terkini Betty Benafe ini. Rasanya semua tahu yang Betty sudah pun bertunang dengan seorang jejaka Lubnan yang bernama Bruce. Menurut perancangannya, mereka berdua akan berkahwin pada 8 Disember ini.

betty benafe batal perkahwinan

Namun kini, Betty sudah ragu-ragu sama ada untuk meneruskan perkahwinan atau membatalkannya. Kad kahwin sudah diedarkan sepenuhnya. Berkata kepada BiPop, banyak masalah yang timbul ketika pertunangan mereka. Kata Betty:-

Terlalu berat untuk saya membuat keputusan. Kini, saya berada di persimpangan dilema, sama ada meneruskan atau membatalkan perkahwinan. Saya tahu, saya dan keluarga akan malu jika membatalkan perkahwinan ini, hampir 200 kad undangan sudah diedarkan kepada tetamu. Tapi jika saya berkahwin untuk bercerai, tiada gunanya juga. Saya terlalu menyayangi Bruce. Sebelum bertunang dulu, kami bahagia dan tiada masalah. Bagaimanapun, sebaik bertunang dan tempoh perkahwinan yang tidak sampai sebulan, banyak masalah yang timbul

betty benafe batal perkahwinan
Biasalah tue adat dalam pertunangan. Darah tengah manis. Gaduh itu perkara biasa. Cuma perlu dikawal agar tidak merebak. Apa pun kalau betul memang bakal berakhir dengan penceraian, Abang Nara sarankan batalkan je perkahwinan ini. Malu sikit tak apa daripada jadi janda. Tak gitu? Apa kata anda?

P.S: Keganasan Israel di Gaza.

Written by AbangNara | March 2nd, 2010

betty benafe

Seram sejuk sekejap kami dibuatnya melihat kegothikan gambar Betty Benafe nie. Bulu mata dia panjang semacam je. Lagi panjang dari bulu mata unta nie. Mungkin keadaan di studio agak berhabuk. Itu yang dia pakai bulu mata panjang mengalahkan Rozita Che Wan. Kalau Azwan Ali mesti dia akan cakap “Kelas gitu nyah ~~~

Dahulunya kami fikirkan artis Malaysia nie tak cukup duit beli kain jer, tapi lepas tengok gambar Betty Benafe kami dah buat kesimpulan baru. Tahap kemiskinan diorang semakin tegar sehingga terpaksa recyle tali bra letak kat depan baju. Wajarkah kami membuat tabung derma kepada artis-artis sebegini? Kesian pulak kami tengok diorang.

Lagi gambar Betty Benafe dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kepada sengkuang basi yang menghantar gambar ini. Anda juga boleh berkongsi gambar/gosip/pandangan menerusi email kami di [email protected] Gambar asal dari blog RajaFaisal.

 
Written by AbangNara | January 6th, 2010

nash dan betty benafe

Time bekas bini Nash, Datuk Sosilawati Lawiya kecoh kantoi ditangkap berkhalwat baru-baru nie, rupa-rupanya dalam senyap Nash khabarnya sedang memekar bunga cinta bersama Betty Benafe. Tapi cara diorang menunjukkan rasa cinta tue lain macam sikit. Biasa la orang tua, so cara pun old school.

Masa Nash tengah syok tarik lagu “Doa Buat Kekasih” kat atas pentas perkahwinan anak saudara Zaibo, Betty Benafe dengan selambanya naik ke atas pentas dan menghadiahkan 2 kuntuman mawar putih kat Nash. Perghhhhhhhh ~~ Jiwang karat tahap leleh nie beb. Tapi Abang Nash kita tak mengalah gak romantik dia. Lepas dah habis nyanyi, sempat lagi dia memetik sekuntum mawar dan menghadiahkannya kepada Betty. Sumpah romantik gile diorang dua nie.

Untuk pengetahuan anda, Nash kini berumur 50 tahun sementara Betty pulak berusia 31 tahun. Bila ditanya tentang Abang Nash, Betty pun menjawap:-

[note]Abang Nash ada pegangan agama yang kuat dan boleh membimbing ke arah kebaikan. Itu ciri yang paling penting dalam rumahtangga. Mungkin abang Nash belum bernasib baik ketemu wanita yang benar-benar memahaminya. Bet pun macam abang Nash juga, selalu tak bernasib baik dalam soal cinta. Insya Allah, saya selalu doakan yang terbaik untuk abang Nash.[/note]

nash dan betty benafe

Tapi macam biasalah artis-artis kita nie suka taknak mengaku sama ada diorang bercinta atau tak. Tapi kami paling suka bile si Zaibo mencelah dan suruh diorang berdua nie cakap direct jer:-

[note]Tak payah cakap berlapik-lapik. Eloklah tu….kalau dah suka sama suka. Aku anytime boleh jadi MC majlis kau berdua..[/note]

Yeah ~~ Kami sokong cakap abang Zaibo. Senang citer kawin ajer kalau dah suka sama suka. Dedua pun single. Bukannya mengganggu rumah tangga orang lain. Tak gitu? Berita penuh leh baca kat Mstar.

Written by AbangNara | April 9th, 2009

zahida rafik dan betty benafe

Dari gambar-gambar Zahida Rafik dan Betty Benafe yang kami paparkan di sini, mungkin inilah yang biasanya berlaku apabila artis-artis Malaysia bertemu sesama sendiri.

Tapi pelik jugak sebab selalu mesti ada terselit sorang dua jantan-jantan miang dalam gambar-gambar artis Malaysia yang macam ini. Tapi dalam gambar Zahida Rafik dan Betty Benafe ini hanya wanita aje yang kelihatan.

Mungkin tak ada jantan-jantan gagah yang berani nak mengorat diorang berdua kot? Kalau anda berani, bolehlah mencuba. Dengar khabarnya dua-dua ini masih single mingle.

Kalau anda belum melihat gambar Zahida Rafik di London, boleh lihat dan hilangkan rindu anda pada Zahida Rafik.

Lagi gambar-gambar Zahida Rafik dan Betty Benafe dengan membaca artikel ini sepenuhnya.