Written by AbangNara | March 31st, 2013

Cantik sungguh nama anak sulung Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer ini. Redza Syah Irfhan. Semoga anak ini akan membesar menjadi anak yang soleh di bawah didikan kedua-dua ibu bapanya. Besar nanti confirm hensem macam si ayah punya. Hehehe ~~

nama anak irma hasmie

Untuk makluman, anak pasangan ini telah dilahirkan di Prince Court Medical Centre. Masih belum diketahui sama ada Irma melahirkannya secara normal atau pembedahan. Apa yang penting Redza Syah Irfhan nampak sangat sihat dan comel. Tak gitu?

nama anak irma hasmie

Pihak Awan Studio turut sama merakamkan detik bersejarah buat pasangan ini menerusi video. Tak sabar rasanya nak tengok full version.

Ezuwan Ismail, salah seorang rakan rapat Irma turut melawat si comel Irfhan ini.

nama anak irma hasmie

Semoga Redza Syah Irfhan membesar dengan penuh sihat. Tahniah sekali lagi diucapkan buat Irma dan Redza.
aura whiteP.S: Bukan perempuan je tapi lelaki pun boleh guna Aura White nie. Memang banyak kesannya. Paling best sel kulit tumbuh balik. Boleh tutup jerawat semua. Confirm makin hensem muka. Untuk tempahan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau Whatsapp/SMS ke 013-594-7061.

Written by AbangNara | March 29th, 2013

Sebentar tadi, menerusi akaun Twitternya, suami Irma Hasmie iaitu Redza Syah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak pertama mereka. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan ini.

gambar anak irma hasie

Redza turut sama berkongsi gambar comel anak sulung mereka ini. Cute bebenor nie!! Namun tidak pula dimaklumkan jantina anak mereka ini secara rasmi tetapi kemungkinan besar lelaki berdasarkan penggunaan perkataan “he” di atas.

gambar anak irma hasie

Tahniah diucapkan sekali lagi buat Irma dan Redza. Semoga anak anda dikurniakan kesihatan dan membesar menjadi anak yang soleh. Selamat menjaga anak!!

Written by AbangNara | March 17th, 2013

Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar sudah masuk bulan ke 9 kehamilan pelakon kesayangan ramai, Irma Hasmie. Pasti Irma sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bergelar ibu. Menurut Irma, dia dijadualkan untuk melahirkan anak sulungnya pada 29 Mac ini.

gambar anak irma hasmieKalau anak lelaki, pasti sekacak ayahnya. Kalau anak perempuan, pasti secomel ibunya. Pastinya suami Irma, Redza Syah pun sedang teruja menanti kelahiran anak sulung mereka. Semoga segalanya dipermudahkan buat pasangan yang sangat-sangat sweet ini.

gambar anak irma hasmie

6 lagi gambar terbaru Irma Hasmie dan suami dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Redza Syah.

P.S: Tendangan power untuk si pencabul

 
Written by AbangNara | December 24th, 2012

Lama tidak mendengar perkembangan terkini Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah. Tup-tup majalah Media Hiburan kali ini menampilkan pasangan suami isteri ini sebagai cover majalah mereka. Kandungan Irma sudah mula kelihatan dan yang paling penting, seri ibu mengandung memang jelas di wajah Irma.

irma hasmie

Pasti Irma dan suami sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bergelar ayah dan ibu. Yang penting kesihatan kena jaga. Rehatkan badan banyak-banyak. Jangan paksa diri buat kerja berat. Semoga urusan Irma ketika bersalin kelak akan dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Anda juga boleh membeli majalah Media Hiburan di laman web Emall Karangkraf. Hanya RM2.80 sahaja. Perlu diingatkan yang pembacaan hanya boleh dilakukan di smartphone dan gadjet sahaja.