Written by AbangNara | March 23rd, 2015

Semalam telah pun berlangsung majlis akikah puteri sulung Diana Amir & Habib, Khaulah Al Azwar. Majlis telah berlangsung di kediaman suami isteri ini. Menariknya, bacaan doa dan azan telah pun dikemudikan oleh Habib sendiri membuatkan ramai yang hadir tersentuh. Antara rakan artis yang hadir ialah Mejar David Teo dan isteri.

majlis akikah anak diana amir

Suka Abang Nara melihat keluarga bahagia ini. Semoga Khaulah Al Azwar membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah di masa hadapan. Tahniah buat Diana dan Habib atas kehadiran cahaya mata sulung mereka ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar ThePhotolicious.

 P.S: Honda Civic Type R 2015 sudah tiba di Malaysia?

 
Written by AbangNara | March 18th, 2015

Ramai telah melahirkan rasa kegeraman melihat kecomelan puteri sulung Diana Amir & Habib yang bernama Khaulah Al Azwar seperti yang telah Abang Nara kongsikan semalam. Dilahirkan pada 8 Mac lalu, kali ini Abang Nara ingin berkongsikan gambar ‘Bidadari Besi’ (maksud nama) ini yang telah dibidik oleh The Photolicious pula. Bertemakan ‘puteri Arab’, memang terserlah kecomelan cahaya mata sulung pasangan suami isteri ini.

gambar anak diana amir

Pastinya kehidupan Diana Amir dan suami semakin lengkap dengan kehadiran Khaulah Al Azwar yang menyinari hidup mereka. Teringat kenangan Abang Nara ketika mendapat cahaya mata pertama dulu. Memang bertukar sepenuhnya kehidupan. Bangun malam, tak cukup tidur dan penat itu perkara biasa. Namun semuanya berbaloi apabila melihat anak membesar dengan sihat sejahtera.

gambar anak diana amir

Semoga Khaulah Al Azwar membesar menjadi seorang anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar The Photolicious.

 
Written by Bella | March 17th, 2015

Pada tanggal 8 Mac lalu, pelakon Diana Amir telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 5.45 pagi dengan berat 3.12 kg. Walaubagaimanapun, beliau sebelum ini tidak mendedahkan wajah atau nama anak sulungnya itu.

Secara eksklusif buat pembaca BeautifulNara kami akan memaparkan buat pertama kali wajah anak perempuan Diana Amir yang diberi  nama Khaulah Al Azwar yang bermaksud Bidadari Besi.

Dengan menggunakan elemen semulajadi seperti sarang burung yang dihias dengan bunga, ia telah menonjolkan lagi foto Khaulah yang agak manis jika dilihat.

Melihat daripada foto Diana Amir bersama suami Habib dan bayi mereka yang pertama, sedikit sebanyak timbul rasa sebak di dada. Jelas terpancar rasa cinta, kasih sayang dan keterujaan mereka. Semoga Diana Amir sekeluarga bahagia selalu.

Kredit Foto: Camora Arts

Lagi beberapa foto bayi Khaulah Al Azwar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 9th, 2015

Tahniah diucapkan kepada Diana Amir dan suami atas kelahiran bayi perempuan mereka. Berita gembira ini telah diumumkan oleh Diana sendiri menerusi akaun Instagramnya hari ini. Bayi yang belum diberi nama itu dilahirkan pada 8 Mac jam 5.45 pagi.

Pastinya Diana Amir dan suami sedang berada dalam fasa teruja dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka. Semoga si comel membesar dengan sihat.  Tahniah sekali lagi.