September 17th, 2019

Tahniah kami ucapkan kepada kepada bekas personaliti televisyen popular, Azrinaz Mazhar Hakim yang sudah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 10.20 pagi dengan berat 2.75 kilogram pada 15 September.

Azrinaz Mazhar Hakim

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Azrinaz menerusi akaun Instagramnya dengan kapsyen meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan dengan lancar. Malah, dia turut memuat naik beberapa foto anaknya yang digelar ‘Baby A’.

Azrinaz Mazhar Hakim

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid, pada 1 Mei tahun lalu.

azrinaz mazhar hakim lahirkan bayi perempuanazrinaz mazhar hakim lahirkan bayi perempuan

Sebelum ini Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah, dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel,13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,11.

anak perempuan azrinaz mazhar hakimazrinaz mazhar hakim Semoga dengan kelahiran  ‘Baby A’ ini akan memeriahkan lagi kehidupan Azrinaz sekeluarga. Tahniah sekali lagi kami ucapkan.

Kredit Foto : aslvn

June 10th, 2019

Jutaan tahniah diucapkan kepada bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Selebriti jelita ini mengesahkan yang kandungannya kini telah mencecah usia 6 bulan. Ini adalah kehamilan ketiga dan  yang pertama menerusi perkahwinan keduanya dengan Fairos Khan Abdul Hamid. Untuk makluman, mereka berdua telah mendirikan rumahtangga pada 11 Mei 2018.

azrinazAzrinaz juga turut memaklumkan yang dia berjaya hamil tanpa menggunakan bantuan teknologi moden. Kata Azrinaz:-

Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur saya sudah melepasi peringkat kedua kehamilan. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian yang amat saya kasihi. Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga.

Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, tidaklah semudah 11 tahun lalu. Diharapkan semoga kandungan yang berusia enam bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian supaya bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi.

azrinaz

Pastinya Azrinaz dan suami amat teruja dengan berita ini. Sama-sama kita doakan agar kesemuanya berjalan lancar dan semoga bayi yang dilahirkan bakal menyerikan lagi kehidupan mereka berdua. Tahniah sekali lagi!!!