Written by AbangNara | January 31st, 2012

Abang Nara yakin dan pasti ramai lelaki yang akan panas hati melihat kemesraan yang ditampilkan oleh Shila Amzah dan Sha’Naz Ahmad di blue carpet AJL26 baru-baru ini. Sememangnya mereka berdua sedang mabuk bercinta. Kalau tak mabuk, takkanlah sampai berpegangan tangan semesra ini kan? Apa pun, mereka berdua memang nampak sangat sweet sebagai couple.

shila dan sharnaz ahmad

Lagi beberapa keping gambar kemesraan Shila Amzah dan Sha’naz Ahmad dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada RentakArtis.

 
Written by AbangNara | January 30th, 2012

Kalau ada event-event besar seperti AJL26, sudah pasti yang ditunggu-tunggu oleh peminat dunia seni ialah fesyen artis-artis kita di blue carpet atau pun red carpet majlis tersebut. Untuk AJL26, oleh kerana Celcom menaja event ini, maka artis kita ramai yang berposing sakan di blue carpet AJL26. Kesemuanya vogue-vogue dan kacak-kacak belaka.

gambar blue carpet ajl26

Lagi 76 keping gambar sekitar blue carpet AJL26 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook TV3 Malaysia.

 
Written by AbangNara | January 27th, 2012

Ahad ini, tepat jam 9 malam di TV3, akan berlangsung satu majlis berprestij untuk menentukan siapakah yang bakal merangkul gelaran juara Anugerah Juara Lagu 26 atau singkatannya AJL26. 12 lagu yang bertanding kesemuanya hebat-hebat belaka. Boleh migrain jugak otak para juri untuk memilih pemenangnya nanti.

ajl26

Berikut ialah 12 lagu yang bakal berentap pada malam tersebut:-

1.Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)9
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

Ini pulak tekaan Abang Nara.
1.Juara: Awan Nano
2.Naib Juara: Sedetik Lebih
3.Tempat Ketiga: Kisah Hati
4.Vokal Terbaik: Beribu Sesalan

Abang Nara rasa tekaan Abang Nara pasti akan betul 90%. Hehehe. Apa pula tekaan korang? Tak sabar rasanya nak menonton sebab AJL26 kali ini temanya air. Pasti menarik.