June 3rd, 2018

1 Jun lepas, pelakon Datuk Rosyam Nor telah membuka pasaraya 24 jam di Setiawangsa, Kuala lumpur. Pasaraya itu bernama ST Rosyam Mart, merupakan kerjasama Rosyam dengan syarikat Seri Ternak.

Rosyam berkata dia mahu mengadakan pengalaman membeli belah barangan mampu-milik dalam suasana mewah.

Walaupun begitu, sudah ada yang mengadu bahawa barangan di situ lebih mahal 30 sen dari pasaraya lain melalui IG Story di Instagram.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Aduan itu bagaimanapun dikritik Netizen yang menganggap perbandingan itu tidak sepatutnya dilakukan.


Ini ialah perkembangan yang baik memandangkan selebriti biasanya membabitkan diri dalam perniagaan kecantikan, kosmetik dan makanan secara kecil-kecilan.


Pasti ST Rosyam Mart sangat berguna terutamanya kerana orang ramai memerlukan barangan mentah sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. Selamat maju jaya diucapkan buat Rosyam.

Sumber: KL Reporter