Written by Bella | May 10th, 2017

Saat menanti anak sulung mereka dilahirkan, pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengabdikan momen indah tersebut. Baru-baru ini, Syatilla telah menjalani sesi “maternity photoshoot” sebagai kenangan ketika beliau sedang hamil anak pertamanya.

Walaubagaimanapun, foto yang dikongsikan oleh beliau di Instagram mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengecam cara beliau berpakaian termasuklah ketika berendam di dalam tub mandi.

Mereka turut menyifatkan apa yang dilakukan oleh Syatilla tidak mematuhi ajaran agama Islam dan mengikut trend.

Apa salahnya untuk Syatilla mengabdikan kenangan ketika hamil anak pertama? Lagipun, beliau dan Sam dah pun menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka. Semoga mereka lebih bahagia dan dilimpahkan dengan rezeki. Amin..

PENGALAMAN HIDUP ANDA AMAT BERPOTENSI UNTUK MENGUBAH HIDUP ORANG LAIN. KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!