November 7th, 2016

Sejak memuat naik foto kulit album terbaharu beliau yang berjudul Anatomi, penyanyi Faizal Tahir telah menerima pelbagai kritikan daripada netizen.

Mereka beranggapan kulit album berkenaan mempunyai unsur Freemanson sehingga menuduh Faizal murtad.

Tidak mahu orang ramai terus salah sangka dan membuat kesimpulan mereka tersendiri, Faizal telah tampil menjelaskan maksud sebenar disebalik foto kulit albumnya itu.

Sejak kulit album ini keluar banyak tanggapan positif dan negatif saya terima, ada yang kata ia iluminati, freemason dan ada juga yang nampak ia seperti salib dan menuduh saya murtad.

Secara dasarnya kulit album Anatomi ini simbolik kepada lagu-lagu dalam album ini dan beberapa benda yang berkaitan dengan kehidupan saya.  Saya mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Allah dan saya tidak takut dengan apa juga persepsi negatif segelintir orang, saya percaya Allah sentiasa memberi bimbingan kepada saya.

Menurut Faizal, dua ekor kuda melambangkan tahun kelahirannya manakala sayap pula memberi berkaitan dengan pasukan bola sepak kegemarannya iaitu Liverpool.

Imej wanita berpurdah pula merupakan simbolik rasa hormat Faizal kepada kaum wanita yang menutup aurat dan gambar kanak-kanak berkepala televisyen pula menunjukkan golongan kanak-kanak kini yang terlalu terdedah dengan internet dan televisyen.

Foto saya empat tangan dan kaki serta tidak berbaju pula adalah lambang lukisan Leonardo da Vincci. Ada juga yang mempersoalkan tentang aurat kerana saya tidak berbaju dalam kulit album ini. Bagi saya ramai lagi penyanyi wanita yang kulit album tidak bertudung dan mendedahkan aurat.

Sebelum menuduh dan menggelarkan orang murtad, lebih baik untuk mendengar dahulu penjelasan Faizal. Janganlah jadikan minda anda terlalu “sempit” dan mengaitkan segala hal dengan Iluminati.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
October 25th, 2016

Penyanyi Faizal Tahir cukup terkenal dengan keunikan beliau bukan?  Faizal juga cukup berbakat dan sering melakukan pekara di luar kotak pemikiran orang lain.

Baru-baru ini, Faizal menerusi akaun Facebook dan Instagram miliknya telah memuat naik foto kulit album terbaharu beliau yang berjudul Anatomi Faizal Tahir.

Kulit album berkenaan jelas cukup berlainan sekali dan mempuyai pelbagai mesej yang tersirat.  Malah, rekaan setiap sudut kulit album berkenaan telah mendapat perhatian netizen.

Rat-rata netizen yang melihat foto  kulit album tersebut memuji ia sudah setanding dengan taraf antarabangsa.

Berikut antara komen netizen :-

Jika anda perhatikan, mungkin kulit album Faizal mendapat inspirasi daripada karya terkenal The Vitruvian Man oleh Leornardo da Vinci yang dihasilkan sekitar tahun 1490.

Dalam pujian, ada juga pihak yang mengaitkan kulit album tersebut dengan Iluminati  dan sebagainya, lebih-lebih lagi saat melihat Faizal tampil tidak memakai baju didalam foto berkenaan.

Apa-apapun, kelainan yang dibawakan oleh Faizal Tahir harus dipuji. Mungkin sudah tiba masanya peminat industri muzik tempatan menerima perubahan yang agak baik sebenarnya untuk mencetuskan sesuatu yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

Advertisement