January 17th, 2017

Lahir pada 27 Disember 2016 yang lalu, anak kedua pengacara Yasmin Hani iaitu Eissa El Zander Wong tampak cukup comel menerusi beberapa foto terbaru yang dikongsikan oleh jurugambar yang pakar dalam “newborn photoshoot”, Camora Arts.

Sesi fotografi berkenaan telah  dijalankan di Kimporo Postnatal Rejuvenation iaitu tempat dimana Yasmin Hani berpantang. Kali pihak Camora Arts telah memperkenal empat tema baru iaitu Hot Baloon,  pantai,  Tapestree dan Wood Dream Catcher. Lebih menarik lagi, props yang digunakan adalah hasil rekaan “team” Camora Arts sendiri.

Turut memeriahkan sesi fotografi berkenaan ialah anak pertama Yasmin Hani, Noah Ismail Wong serta suaminya Shahrin Razali.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto Eissa Elzander Wong dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Foto : Camora Arts

January 6th, 2017

Selepas melahirkan anaknya pada 27.12.2016, pelakon dan pengacara Yasmin Hani baru-baru ini telah berkongsi foto anak keduanya buat tatapan peminat menerusi akaun Instagram miliknya. Yasmin pada masa yang sama turut mendedahkan nama anak lelaki keduanya itu iaitu Eissa Elzander Wong.

Bismillahirahmanirahim.. Announcing our new boy Eissa Elzander Wong. Semoga Allah melindungi dan merahmati ahli baru keluarga kami ini. Moga Allah limpah kurniakan keberkatan, kasih sayang dan kesihatan kepada keluarga kecil kami ini. Welcome to the world son.

Eissa juga mempunyai akaun Instagramnya sendiri dan jumlah pengikutnya kini mencecah lebih daripada 1 ribu orang.

Berikut beberapa lagi foto Eissa Elzander Wong dengan membaca entri ini sepenuhnya.