Written by AbangNara | October 15th, 2010

tan sri p ramlee

//Sebagai tanda hormat kami, entri ini adalah sticky post untuk tribute kepada Allahyarham P. Ramlee. Skroll ke bawah untuk artikel terbaru//

P. Ramlee. Satu nama yang cukup malar segar dengan dunia hiburan kita. Dari dulu sehingga sekarang, nama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tak pernah lekang daripada mulut kita semua. Lakonannya, lawak jenakanya dan suaranya sentiasa menjadi hiburan halwa telinga dan mata kita. Walau sudah berpuluh kali kita menonton filem Allahyarham, kita tetap akan ketawa dengan jenakanya, kita akan tetap menangis dengan filem sedihnya dan kita tetap akan terpesona dengan suara gemersiknya.

Tak salah kalau kami katakan yang P.Ramlee adalah lagenda sepanjang zaman yang tak mungkin dapat diganti oleh mana-mana artis. Dari dulu sehingga sekarang, P. Ramleelah kayu pengukur untuk setiap insan yang mahu bergelar seorang penghibur. Tak kira tua atau muda, tak kira lelaki atau wanita, tak kira Melayu, India atau Cina, semuanya mengenali siapa itu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Buat pengetahuan anda, bulan Oktober ini ialah bulan P. Ramlee. Astro dengan kerjasama artis-artis tanah air Malaysia bakal mengadakan satu konsert mengenang segala jasa dan pengorbanan P. Ramlee. Tambah menarik, terciptanya satu muzik video (MTV) lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti hasil gabungan artis-artis seperti KRU, Aizad, Ning Baizura dan ramai lagi. Videonya ada dibawah untuk anda tonton.

Ini bukanlah iklan berbayar dari pihak Astro untuk kami, tetapi adalah sedikit usaha dari kami untuk anda di luar mengenali siapa itu sebenarnya Allahyarham P. Ramlee. Kalau anda ada Astro di rumah, tekanlah butang merah untuk mengetahui kisah hidup lagenda hiburan tanah air kita ini. Hayati pengorbanan beliau, jasa beliau dan perit keringat beliau mengharumkan nama negara kita.

Dan paling penting, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham P. Ramlee. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

P.S: Kalau anda ada komen-komen yang bernas, kenangan menonton filem P.Ramlee, filem P.Ramlee favourite anda atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan beliau, silalah luahkan di ruangan komen. Kami berbesar hati sekiranya anda sanggup berkongsi dengan kami apa jua kisah anda dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.