Written by Bella | April 4th, 2019

Gara-gara salah faham yang berlaku, hubungan baik antara Datuk Hans Isaac dan Nur Fazura yang terjalin sejak 16 tahun lalu terjejas.

Fazura dikatakan tetap dengan pendiriannya mahukan Hans memohon maaf atas dakwaan menghantar kiriman mesej menuduh beliau tidak menghormati artis lain dengan membuat keputusan sendiri “mengheret” suaminya, Fattah Amin ketika bergandingan bersama sebagai penyampai anugerah di FFM30.

Terbaru, Hans menerusi akaun Instagramnya sekali lagi menjelaskan beliau hanya bertanya secara baik dengan Fazura kerana keliru sepatutnya penyampai anugerah semuanya terdiri daripada barisan pemenang FFM yang lalu. Malah, beliau juga tidak pernah membongkarkan mesej perbualan mereka yang disifatkan peribadi itu kepada mana-mana pihak.

Menurut Hans, beliau enggan memberikan lagi sebarang komen mengenai isu ini dan harap penjelasannya itu sudah cukup untuk menjernihkan keadaan.

Rata-rata netizen juga berharap agar Hans dan Fazura dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku secara baik.

Industri hiburan di Malaysia ini kecil dan agak tidak elok jika hendak terus bermasam muka. Apa yang berlaku mungkin satu salah faham sahaja, lebih baik kalau dapat bertemu secara empat mata dan selesaikan segala masalah dan rasa tidak puas hati.

Written by Bella | April 3rd, 2019

Pelakon Nur Fazura masih tetap dengan pendiriannya yang menggesa Datuk Hans Isaac untuk memohon maaf kepadanya dan suami, Fattah Amin berikutan kiriman mesej yang menuduh beliau tidak menghormati artis lain dan membuat keputusan mengikut kehendak sendiri ketika bergandigan bersama suaminya itu sebagai penyampai anugerah FFM30 Sabtu lalu.

Kata Fazura, beliau tidak bersalah dan mengetahui dengan jelas protokol majlis rasmi. Mesej Hans itu sudah memburukkan namanya dan Fattah.

Selaku anak seni yang sudah berkecimpung lebih 10 tahun dalam industri, saya tahu protokol majlis rasmi.

Apa yang berlaku sekarang mencalarkan nama baik saya dan suami. Selain itu, kiriman mesej dari Hans Isaac memburukkan lagi situasi dan saya memohon agar beliau meminta maaf atas tindakannya.

Terdahulu, Hans mengakui terkilan dengan tindakan Fazura yang mendedahkan mesej peribadi antara mereka kepada pihak media. Apa salahnya untuk bertemu empat mata sekiranya spekulasi mengenai kemunculan Fattah sebagai penyampai anugerah itu tidak benar. Menurut Hans, beliau hanya akan meminta maaf sekiranya dirinya betul-betul salah.

Sumber Berita : Kosmo Online