Written by AbangNara | December 25th, 2014

Pergh~~ Tergamam Abang Nara membaca kata-kata yang diluahkan oleh Sara Ali ini. Pastinya hubungan antara Sara Ali dan Fazura tidak akan dapat diperbaiki lagi selepas ini. Malah Sara Ali juga memaklumkan yang dia enggan memulihkan hubungannya yang satu ketika dahulu amat akrab dengan Fazura. Semua ini bermula apabila Fazura menerusi rancangan ‘Facing Up To Fazura’ mencerita mengenai kerenggangan hubungan mereka berdua.
fazura dan sara aliMembaca kenyataan Sara Ali menyebabkan Abang Nara tertanya-tanya apakah punca kerenggangan hubungan mereka. Sampai begini sekali impaknya. Kata Sara Ali:-

Dia (Fazura) macam nak isytihar perang dengan saya dan pada masa yang sama nak nampak baik. Bagi saya apa yang dia cuba bangkitkan semula ini hal remeh. Apa-apa soalan berkaitan saya patut diajukan kepadanya. Itu lebih afdal.

Bagi saya kalau orang tanya hubungan kami okey atau tidak, jawapan saya tidak okey. Dan saya tak berhasrat nak okey balik dengannya. Saya tak pernah menyesal dengan apa yang dibuat atau dipilih. Begitu juga perkenalan dengannya yang pernah terjadi.

Bagi saya semua itu pengalaman yang mematangkan hidup. Ia bukan penyesalan. Saya lebih suka melihatnya sebagai sudut memori indah atau sebaliknya. Selama ini pun saya hanya berdiam diri dan tak mahu memperbesarkan perkara ini.

Dia yang besarkan isu ini dan apa saja terjadi antaranya dengan saluran berkenaan, tu masalah mereka. Memang asalnya saya setuju untuk berjumpa dengan dia tapi selepas dapat tahu ada perkara yang saya tak suka… maka saya ubah fikiran.

Bagi saya hanya kerana program ini, saya simpulkan publisiti baik atau buruk, saya terima. Saya tak rugi apa-apa. Tak fasal satu Malaysia kenal saya yang tak popular ini. Saya tak rasa malu pun, dia yang patut sedar. Lepas ini saya nak tutup isu ini dan tak perlu dipanjangkan.

fazura dan sara ali

Biarlah apa yang terjadi hanya diketahui oleh mereka berdua. Semoga pergaduhan ini tidak menjadi semakin besar sehingga membuatkan segala pekung di dada mereka yang terlibat terbongkar. Sumber Berita Harian.

Written by serenity | December 24th, 2014

Satu ketika dulu Sara Ali dilihat pernah menjadi teman rapat Fazura dan keduanya dilihat sering bercuti dan keluar bersama melalui gambar yang sering dimuat naik di akaun Instagram masing-masing. Namun kini kelibat keduanya tidak lagi kelihatan di Instagram mereka, malah melalui rancangan realitinya Facing Up To Fazura, Fazura dikatakan telah bercerita hal Sara Ali sehingga menimbulkan kekeliruan sama ada selebriti itu sengaja memburukkan Sara.

Hal ini dibangkitkan oleh seseorang dalam komen di akaun Instagram Sara. Kata individu itu:


 photo SaraAliDekatiFazuraBukanKeranaPopulariti.jpg

Rancangan realiti Fazura dengan sengaja boleh menyebabkan orang percaya sesuatu yang tidak benar.

Namun Sara Ali enggan mempedulikan Fazura dan membalas:-

Lantak dia. Dia bukan tuhan. Apa yang kita nak takut.

Seorang lagi pengguna Instagram menyatakan yang lebih baik rancangan realiti dibuat mengenai Yuna, dan Sara meminta agar Yuna dan Fazura tidak dibandingkan kerana mereka dua berbeza.


 photo Untitled.png
Apa pun sikap Sara Ali dilihat lebih kelas kerana enggan memberi respon tentang dakwaan tersebut.

Dalam entri BeautifulNara terdahulu, Fazura mendakwa dia tiada niat memburukkan Sara Ali berikutan kenyataannya dalam rancangan Facing Up To Fazura tentang Sara Ali yang tidak menemuinya setelah mengatakan akan berjumpa dengannya November lepas.

Written by AbangNara | December 24th, 2014

Satu ketika dahulu, Abang Nara memang perasan akan keakraban Nur Fazura dan Sara Ali. Mereka sering dilihat menghabiskan masa bersama dan kerap berkongsi gambar melakukan aktiviti di Instagram. Namun sejak kebelakangan ini jarang dilihat dua jelitawan ini bertemu sesama sendiri. Menerusi rancangan Facing Up To Fazura, juri Maharaja Lawak Mega 2014 itu telah berbicara mengenai kerenggangan persahabatannya dengan Sara Ali.

fazura dan sara ali

Mereka yang menonton rancangan tersebut telah melahirkan rasa kurang senang dan berpendapat lebih baik Fazura tidak berbicara mengenai perkara tersebut. Iyerlah, daripada orang tak tahu, semua orang dah tahu yang hubungan Fazura dengan Sara sudah renggang. Namun menurut Fazura, dia perlu bersikap jujur di dalam program realiti. Fazura juga memaklumkan yang dia ada berhubung dengan Sara sekitar November lalu dan berjanji untuk bertemu selepas rakannya itu kembali dari Bosnia-Herzegovina pada 17 November lalu. Kata Fazura:-

Dalam perbualan itu, kami baik-baik saja. Kami juga mengakui merindui antara satu sama lain. Namun, tiba tarikh 17 November itu, tiada khabar berita daripada Sara hinggalah sekarang. Bahkan terdengar pula cerita baru saya kononnya banyak buat salah dengan dia walhal sebelum ini dia mengakui buat salah dengan saya.

fazura dan sara ali

Biasalah itu dalam persahabatan memang ada pasang dan surut. Kadangkala rapat, kadangkala renggang. Cuma kita perlu tahu apa punca yang terjadi. Kadangkala kawan baik pun boleh jadi musuh dalam sekelip mata. Yang musuh tiba-tiba boleh jadi orang paling rapat dengan kita. Dunia ini memang cepat putarannya. Apa pun, kalau tak ada masalah, diharap Fazura dan Sara Ali dapat merapatkan kembali hubungan mereka. Kedua-duanya nampak sangat comel bila bersama-sama. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Sumber Harian Metro.

P.S: Banjir semakin teruk. 15 laluan ditutup di Kelantan