June 16th, 2016

Baru-baru ini, pelakon Faye Kusairi didakwa menyindir Elly Mazlein dalam muat naik terbaru beliau di Instagram.

Walaubagaimanapun, Faye menafikan sekerasnya dakwaan berkenaan dan menjelaskan beliau menulis status tersebut kerana teringat kembali beberapa kontroversi yang melanda hidupnya. Ia juga sekadar peringatan untuk dirinya.

Status itu sebenarnya saya teringat akan perasaan saya apabila tercetusnya kontroversi lalu. Saya ingat lagi, isu itu betul-betul buat saya terkejut.

Saya ni dulu seorang blogger, suka menulis. Jadi dah biasa kadang-kadang tu tiba-tiba rasa nak menulis berkongsi mengenai perasaan saya. Bukan niat saya tujukan pada mana-mana pihak. Ia sebenarnya sekadar peringatan pada diri saya sendiri.

Faye berharap perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan kerana beliau sememangnya tidak pernah mempunyai niat sebegitu.

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tidak suka jika orang bercakap perkara yang tidak betul mengenai diri kita. Kalau saya dah cakap saya tak buat, jangan lah cakap saya buat. Sesiapa pun kalau berada di tempat saya tentu marah.

Sebenarnya ramai yang hanya bertanya jika status itu berbaur sindiran ataupun tidak, bukan niat untuk mendakwa Faye Kusairi.  Jangan mudah melatah..

Sumber Berita : Malaysian Digest

June 14th, 2016

Nampaknya episod perbalahan antara Faye Kusairi yang dituduh sebagai orang ketiga punca Elly Mazelin bercerai masih belum tamat lagi.

Selepas Elly mengeluarkan kenyataan dan mendedahkan perihal beliau bercerai, ada beberapa pihak mengatakan Faye ada memuat naik status di Instagram yang seakan menyindir seseorang dan mengatakan status berbaur sindiran oleh Faye ditujukan buat Elly.

Janganlah kamu berlagak diatas muka bumi ini seakan akan segalanya adalah milik kamu. Perbuatan jahat, segala fitnah yang dilontarkan dari mulut kamu itu haruslah kamu sadar ianya dilaknat Allah. Semoga hati hitam kamu itu mampu dilunturkan perlahan lahan. Sudah sudahlah ya.

Hmmmph, apa pendapat korang yang baca status ini? Betul ke Faye sindir Elly? Kalau benar, tidak perlulah lah Faye dan Elly bergaduh lagi dibulan baik ini.