Written by Bella | April 2nd, 2018

Populariti Fattah Amin kini belum dapat ditandingi mana-mana artis. Kata orang, beliau kini bagaikan goreng pisang panas dan menjadi kegilaan ramai. Namun, bila popular tentu akan ada gosip yang kurang enak didengar bukan?

Menerusi ruangan Raja Mawar di Bipop Berita Harian, ada peminat berkecil hati dan mendakwa Fattah kini sudah mula bersikap sombong kerana tidak mempedulikan sapaan peminat yang ingin bergambar dengannya. Difahamkan ketika itu peminat Fattah sedang menjamu selera di kafe milik aktor popular itu.

Secara kebetulan, Fattah muncul di kafenya. Ketika itu, Fattah baru balik dari gimnasium berdekatan. Tentulah masing-masing teruja apabila melihat kelibat Fattah. Kalau boleh nak sangat bergambar sekeping dua dengan aktor pujaan ramai itu.

Bagaimanapun, keterujaan masing-masing bagai direntap apabila Fattah tidak melayan sapaan mereka. Lebih membuatkan mereka kecil hati apabila Fattah difahamkan terus angkat kaki.

Jika sibuk atau terburu-buru takkan seminit pun tidak boleh diluangkan waktu untuk peminat? Khabarnya, pandangan mereka terhadap Fattah sudah berubah. Mereka fikir Fattah sombong dan berlagak orangnya.

Sejauh mana kebenaran berita ini tidaklah kami ketahui kerana sebelum ini Fattah memang dipuji sebagai seorang selebriti yang sangat menghargai peminatnya. Fikir positif, mungkin Fattah tidak perasan sapaan peminat tersebut. Apa-apa pun, kita nantikan penjelasan Fattah sendiri.

Sumber Berita : Berita Harian