October 18th, 2018

Beberapa hari lepas,  Fasha Sandha telah menafikan gosip sudah mengikat tali pertunangan ataupun bernikah secara senyap dengan kekasih hati Aidil Aziz serta keliru dengan ucapan tahniah bekas suami kepada dirinya.

Pagi tadi, Datuk Seri Aliff Syukri pula telah meninggalkan komen di salah satu muat naik di Instagram Fasha dan memberikan bayangan seakan pelakon jelita itu bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Walaupun Fasha pernah memberitahu beliau belum bersedia untuk berkongsi sebarang perancangannya bersama Aidil untuk masa depan, rata-rata netizen bagaimanapun merasakan apa yang dikatakan oleh Aliff itu mungkin benar memandangkan beliau dan Fasha bersahabat baik. Selalunya, hanya mereka yang rapat antara satu sama lain sahaja yang tahu mengenai cerita terkini kan?

Kalau dah ada perasaan cinta dan sayang, tunggu apa lagi? Benda baik janganlah ditangguh ye dak? Semoga segalanya dipermudahkan buat Fasha dan Aidil.

October 16th, 2018

Status Insta Stories bekas suami Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai mencetuskan spekulasi.

Adakah aktres jelita itu sudah mengikat tali pertunangan ataupun bernikah secara senyap dengan kekasih hati Aidil Aziz.  Turut terkejut dengan berita hangat itu, Fasha tampil menafikannya.

Setakat (hari) ini, saya dan Aidil masih berkawan rapat. Saya belum bersedia untuk berkongsi mengenai sebarang perancangan saya dan Aidil untuk masa depan. Ini kerana saya tidak pasti apa akan jadi pada esok hari. Insya-Allah apabila tiba masa dan harinya nanti saya pasti berkongsi dengan peminat. Setakat ini, saya tidak mahu berkongsi kerana masanya belum tiba.

Fasha berharap orang ramai tidak lagi membuat sebarang andaian mengenai status hubungannya dengan Aidil. Bagaimanapun, beliau tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat tercinta yang tidak henti mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Aqo Imran