December 26th, 2019

Bukan mudah bergelar artis popular, apa sahaja yang mereka lakukan pasti akan menjadi perhatian. Ke mana sahaja mereka pergi pasti ada mata yang memandang termasuklah peminat yang ingin bergambar, bersalam dan sebagainya.

fasha sandha

Baru-baru ini, seorang peminat yang hampa telah menyuarakan rasa hati di Facebook gara-gara pelakon Fasha Sandha menolak pelawaan untuk bergambar. Tidak berpuas hati permintaannya itu ditolak, peminat tersebut melabelkan Fasha seorang yang sombong dan berlagak. Dia juga menyatakan mahu memboikot aktres tersebut.

fasha sandha berlagak

Tidak hanya berdiam diri, Fasha menerusi akaun Instagramnya menjawab tuduhan tersebut dan menjelaskan situasi sebenar.

Utamakan keselamatan anak-anak

fasha sandha sombongfasha sandhaBukannya sombong untuk bergambar, tegas Fasha populariti bukan kepentingannya kerana keselamatan dirinya serta anak-anak perlu diutamakan. Tidak boleh leka kerana apa-apa pun boleh terjadi.

Fasha Sandha juga merupakan manusia biasa yang inginkan privasi. Berikan ruang untuk dia meluangkan masa bersama keluarga tercinta, kita sebagai peminat perlu faham perkara itu. Ramai juga tahu sikap Fasha bukanlah sombong seperti didakwa.

Advertisement