Written by Bella | January 22nd, 2018

Isu penahanan Datuk Farid Kamil baru-baru ini memberikan impak yang agak besar kepada kehidupannya. Sehingga hari ini, masih ramai lagi yang mengkritik dan melemparkan kata-kata negatif terhadap beliau. Persoalan yang selalu ditimbulkan, bagaimana pelakon yang boleh dikatakan dalam kelas A boleh terjebak dengan najis dadah apatah lagi beliau juga baru sahaja dianugerahkan darjah kebesaran oleh Sultan Pahang.

Adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang tidak henti menyokong abangnya berkata,  beliau tidak boleh menghalang masyarakat untuk terus bercakap mengenai isu Farid.  Apa yang penting, mereka sekeluarga tahu perkara yang sebenar.

Setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza. Saya tidak boleh nak halang mereka kerana ia hak masing-masing. Malah, ia menjadi pilihan mereka juga untuk memberi komen positif atau negatif. Dalam perkara ini, saya tidak mahu ambil pusing mengenai apa yang diperkatakan. Cakaplah apa pun. Apa yang penting, keluarga tahu perkara sebenar.

Ketika ini, Farid difahamkan sedang menjalani beberapa rawatan untuk memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk menenangkan fikiran.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 19th, 2018

Sebagai adik ipar, pelakon Yana Samsudin tidak terlepas dengan soalan mengenai apa yang berlaku kepada Datuk Farid Kamil. Yana mempercayai dugaan yang menimpa keluarga mereka ini ada hikmah disebaliknya.

Dalam pada itu, Yana turut mendedahkan, keluarga ada cuba untuk menghubungi Farid sebelum kejadian tampar-menampar polis berlaku, namun usaha mereka gagal kerana aktor tersebut menghilangkan diri tanpa sebarang kesan.

Farid masih ada di sini dan belum pulang ke kampungnya di Kedah. Namun apa-apa perkembangan mengenai beliau perlu ditanya kepada suami saya, Fadzil kerana dia yang menguruskan hal ini. Namun takdir Tuhan tiada siapa dapat menghalang ia daripada berlaku. Saya berharap kejadian tersebut dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada semua orang.

Kes penahanan Farid atas empat pertuduhan jenayah baru-baru ini mengejutkan ramai pihak termasuklah  Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku pemangku Raja Pahang yang menerima baik sekiranya Farid memulangkan gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan dengan rela hati.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | January 17th, 2018

Pelakon Datin Diana Danielle meyambut baik perancangan keluarga Datuk Farid Kamil yang mahu aktor itu menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh termasuk juga tahap kesihatan mentalnya. Diana mahukan yang terbaik buat suami tercinta dan berharap agar semuanya kembali pulih.

Terima kasih atas sokongan semua pihak. Apa yang jadi ini ketentuan Allah. Saya berharap semuanya kembali baik seperti biasa. Kita perlu menyelesaikannya secara peribadi. Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan lancar.

Walaupun ada beberapa pihak menganggap apa yang berlaku akan menjejaskan karier mereka sekeluarga, Diana bagaimanapun menafikan perkara itu dan masih lagi bekerja seperti biasa.

Saya sudah terikat dengan kontrak, jadi perlu memberikan sepenuh komitmen. Mahu atau tidak, kena buat juga. Kerja akan diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar.

Kami mendoakan agar segala perancangan mereka untuk memastikan Farid kembali sihat seperti dahulu berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 17th, 2018

Sudah bebas dari tahanan reman semalam dengan ikat jamin, ramai yang tertanya ke mana agaknya Datuk Farid Kamil akan pergi selepas ini.

Menurut adiknya, Fadzil Zahari beliau akan membawa abangnya itu ke kampung halaman mereka di Kedah agar Farid boleh berehat dan menenangkan fikirannya.

Bukan itu sahaja, Fadzil juga mahu menemukan Farid dengan dua orang anaknya yang dirindui, Muhammad dan Aurora dalam masa terdekat.

Perkara pertama, kesihatan Farid terlebih dahulu. Bila kami dah berpuas hati dengan tahap kesihatannya, barulah akan bawa balik kampung. Saya dan keluarga ada merancang untuk membawa Muhammad dan Aurora bertemu dengannya.

Sama ada saya atau diana yang akan bawa jumpa mereka dengan Farid belum pasti lagi. Ini semua bergantung mengikut kesesuaian masa selain keadaan kesihatan Farid sekiranya dia sudah stabil.

Pada masa yang sama, Fadzil berharap tiada lagi pihak yang membuatkan sebarang spekulasi liar mengenai kes Farid kerana khuatir ia akan mengganggu proses siasatan polis.

Terdahulu,  Farid dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 oleh adiknya, Fadzil Zahari selepas lima hari direman.  Farid mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan yang dibacakan ke atasnya. Mahkamah telah menetapkan 5 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber Berita : mStar Online