Written by Bella | May 16th, 2019

Semalam, kita dikejutkan dengan berita dimana pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil dijatuhkan hukuman penjara 9 bulanĀ atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol pada Januari tahun lepas.

Berita itu menerima reaksi pelbagai pihak dan rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen Datin Diana Danielle.

Ramai yang simpati dengan nasib Diana dan anak-anak yang terpaksa beraya tanpa kehadiran Farid di sisi. Mereka harap aktres itu tabah menghadapi segala ujian.

Terdahulu, pada hari Rabu , Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor memerintahkan Farid dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun. Mahkamah juga tidak membenarkan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman. Farid menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bermula semalam.