November 22nd, 2017

Busana Farah Nabilah yang sama warna dan kelihatan lebih cantik  ketika menjadi pengapit di hari pernikahan Izara Aishah baru-baru ini mendapat perhatian netizen . Mereka mendakwa Farah sengaja ingin “overshadow” Izara sebagai pengantin.

Walaubagaimanapun, Farah menjelaskan ia adalah kehendak Izara sendiri untuk pengapit mengikut warna tema majlis tersebut.

Bukan saya yang minta atau sengaja nak warna baju sama dengan pengantin. Tapi ia adalah kehendak Izara sendiri. Dia nak nampak cantik, semua warna sama. Malah, bukan saya seorang sahaja pakai putih. Pengapit lelaki pun sama. Kalau lihat pelamin dan hiasan juga putih. Jadi, tidak ada istilah saya nak ‘overshadow’ pengantin.

Harapnya dengan penjelasan Farah ini tiada lagi pihak yang mengecam beliau. Sebagai teman rapat Izara tidak mugkin Farah sengaja ingin “berlawan” dengan pengantin untuk meraih publisiti.

Sumber Berita : mStar Online

November 20th, 2017

Setelah lama bercinta, akhirnya pasangan Izara Aishah dan Adib Khalid sah bergelar suami isteri pada hari Jumaat minggu lalu. Ramai yang mengucapkan tahniah dan gembira melihat pasangan sama cantik sama padan ini bersanding di atas pelamin.

Bukan sahaja pasangan pengantin ini mendapat perhatian, tetapi foto terbaru yang dimuat naik oleh Kilafairy menerusi akaun Instagramnya menjadi bualan netizen kerana  jika sekali pandang ia kelihatan seperti pelakon Titian Cinta, Farah Nabilah pula yang berkahwin. Untuk pengetahuan anda, Farah merupakan rakan baik Izara dan ditugaskan untuk menjadi pengapit Izara pada majlis tersebut.

Bagaimanapun, netizen berpendapat baju Farah tidak sesuai dipakai untuk majlis pernikahan Izara kerana ia seakan “overshadow” pengantin perempuan. Malah, ada sesetengah netizen keliru siapakah sebenarnya yang berkahwin?

Fikir positif, sebagai pengapit pasti segalanya turut dirancang bersama dan mungkin Izara juga meminta agar Farah untuk mengenakan busana warna putih sesuai dengan tema majlis pernikahannya itu.