Written by Bella | September 5th, 2016

Semalam rakyat Malaysia khususnya peminat industri hiburan tempatakan dikejutkan dengan berita pembatalan perkahwinan peyampai radio popular Fara Fauzana yang  pada awalnya telah ditetapkan  berlangsung pada 17 September ini.

Susulan pengumuman berkenaan, lelaki yang sepatutnya bergelar suami kepada Fafau iaitu Mohamed Hafiz enggan memberikan sebarang komen sekarang dan bakal menjelaskan perkara sebenar didalam masa beberapa hari lagi.

Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya.

Tambah Hafiz, sebelum ini beliau berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.

Berita pembatalan perkahwinan  itu disampaikan oleh Fafau sendiri yang mengatakan keputusan itu dibuat atas beberapa alasan peribadi yang  sukar untuk dikongsikan kepada umum.

Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada Hafiz, apakah yang sebenarnya menjadi punca perkahwinan beliau dan Fara Fauzana dibatalkan pada saat akhir.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | September 4th, 2016

Sekitar bulan lepas Fara Fauzana telah membuatkan peminatnya merasa gembira apabila memberitahu beliau bakal berkahwin pada 17 September ini. Namun, sebagai  manusia kita hanya mampu merancang dan takdir menentukan segalanya.

Hari ini Fafau mengumumkan satu berita yang agak mengejutkan dimana beliau telah membatalkan perkahwinannya dengan seorang jejaka bernama Hafiz.

Keputusan itu dibuat atas beberapa sebab peribadi yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.  Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini satu keputusan yang sukar untuk saya.

Fafau meminta pihak media dan peminat memberinya sedikit ruang untuk menenangkan fikiran dan percaya setiap apa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

Sesungguhnya saya yakin apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti.  Saya berharap kenyataan yang dikeluarkan ini secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir rakan wartawan yang barangkali sudah menghidu berita ini.

Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran. Dan saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.

Satu berita yang cukup tergempar hari ini . Harapnya Fafau tabah menghadapi perkara ini. Mungkin Allah SWT ingin memberikan sesuatu yang lebih baik buat Fafau di masa hadapan. Soal jodoh ini penuh dengan rahsia.

Sumber Berita : BH ONLINE