Written by Bella | May 15th, 2018

Minggu lalu, pereka fesyen Ezuwan Ismail dikecam hebat oleh netizen yang mempertikaikan kreativiti beliau apabila meniru rekaan antarabangsa bagi busana yang digayakan oleh Nabila Razali dan Maria Farida.

Namun, pereka ini nampaknya agak “kebal” dengan segala kritikan dan kembali melakukan perkara yang sama ketika mereka busana gaun kembang berwarna kuning yang digayakan oleh Maria Farida pada malam anugerah DFKL 2018 hujung minggu lalu.

Sekali lagi ia menjadi satu isu hangat dan ada sesetengah netizen berpendapat sebagai seorang pereka fesyen popular, beliau seharusnya tampil dengan idea sendiri dan tidak seharusnya berbangga meniru hasil idea orang. Apatah lagi Ezuwan menggelarkan dirinya “Tukang Jahit Termahir Malaysia”.

Menurut Ezuwan, beliau dan Maria Farida sememangnya sengaja ingin meniru rekaan tersebut dan seakan geram dengan sikap netizen yang sebelum ini tidak pernah ingin mengambil perhatian dengan baju rekaan beliau. Bunyi macam mahu balas dendam sahaja? Eh..

Secara jujurnya memang kami sepakat untuk sengaja meniru kerana geram dengan netizen yang hanya mengkritik sahaja walaupun sebelum ini banyak baju hasil kerja saya lalu di karpet merah. Kami sudah bersedia tanggung risiko untuk dikecam netizen. Bila kita buat idea kita mereka tidak mahu menilai pula.

Terpulanglah kepada seseorang itu bagaimana untuk meraih perhatian , tetapi kalau sudah selalu sahaja meniru rekaan orang lain, jangan salahkan orang ramai sekiranya ada yang tidak lagi menghargai hasil karya anda selepas ini. Boleh sahaja menghasilkan sesuatu yang lebih “wow” hasil idea sendiri untuk orang ramai menilai. Apa komen korang?

Sumber Berita : mStar Online & i knowfashion

Written by Bella | June 6th, 2016

Sekitar minggu lepas, seorang pereka fesyen terkenal tanah air, Ezuwan Ismail mengakui kemunculan artis dengan jenama pakaian mereka sendiri sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi  beliau  serta pereka fesyen lain. Ia juga  memberikan persaingan yang agak sengit apatah lagi mereka sebelum ini banyak menggunakan khidmat selebriti tanah air untuk mempromosikan rekaan mereka.

Malah, pereka fesyen kini harus bersengkang mata dan memikirkan sesuatu yang diluar kotak agar pengguna dapat membezakan produk keluaran artis dan rekaan eksklusif oleh pereka fesyen.

Memberikan pandangan terhadap perkara berkenaan, Nora Danish yang kini sedang menghasilkan baju kurung moden beliau sendiri berpendapat tidak salah untuk artis dan pereka fesyen bersaing secara sihat dan sebenarnya ia juga terpulang kepada rezeki masing-masing.

Saya memahami luahan pereka fesyen yang barang kali tersalah faham hingga menganggap kehadiran selebriti mengeluarkan koleksi sendiri mengganggu pasaran. Memang kami tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang ini namun minat selain pengalaman serta cita rasa membuatkan ramai menunggu koleksi kami.

Zaman sudah berubah, kami juga mahu mencuri peluang menceburi bidang perniagaan. Pucuk pangkalnya ini adalah rezeki masing-masing.

Tambah Nora, pereka fesyen masih lagi mempunyai kualitinya tersendiri dan mereka seharusnya tidak rasa tercabar dengan kehadiran selebriti yang baru sahaja ingin berjinak dalam industri perniagaan dan fesyen.

Rasanya tidak perlu membandingkan rekaan mereka dengan koleksi kami. Sebagai pereka fesyen, saya rasa mereka tidak perlu merasa tercabar dengan kehadiran kami kerana mereka bersandarkan banyak kelebihan dibandingkan orang baharu seperti saya.

Kali ini kami setuju dengan kenyataan Nora Danish, sebenarnya masih ada lagi mereka yang mahu memakai rekaan eksklusif daripada pereka fesyen dan bukan calang-calang orang yang membeli pakaian mereka. Mungkin ramai yang memilih baju rekaan artis kerana kebanyakkannya boleh dikatakan dijual pada harga mampu milik. Tidak salah pun kalau bersaing secara sihat bukan? Anggap sebagai cabaran untuk hasilkan sesuatu yang lebih unik.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by AbangNara | September 8th, 2015

Masihkah anda ingat lagi perselisihan faham yang terjadi di antara Emma Maembong dan pereka fesyen terkemuka, Ezuwan Ismail? Semuanya bermula apabila adik Emma iaitu Chacha Maembong tidak memakai baju rekaan Ezuwan Ismail untuk Anugerah Skrin 2014. Mahu membela adiknya, Emma Maembong telah tampil meminta agar Ezuwan tidak hanya mencari kesalahan orang lain, sebaliknya turut sama mencermin diri sendiri.

ezuwan ismail

Sudah hampir setahun episod hitam itu berlaku, akhirnya perbalahan antara mereka berdua berakhir jua. Emma Maembong dan Ezuwan Ismail telah pun berdamai. Abang Nara respek kepada Emma kerana telah bertemu Ezuwan secara peribadi dan memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Kata Ezuwan Ismail:-

Alhamdulillah kami sudah berdamai, dia (Emma) ada datang bertemu saya di pejabat butik saya ketika dia sedang menjalani penggambaran drama yang menjadikan premis saya sebagai lokasinya.

Dia juga tidak mahu terus bermusuh dan meminta saya untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara saya dengan adiknya Chacha Maembong berkaitan insiden baju rekaan saya yang tidak dipakai adiknya itu.

Kami dah baik, dia dah unblock saya di Instagram dan saya juga dah follow dia balik di laman sosial. Saya juga harap kami boleh bekerjasama semula seperti sebelum ini. Lagi pula industri ini kecil sahaja, tiada guna bermasam muka.

ezuwan ismailKan bagus macam ini. Memang dunia hiburan Malaysia ini kecil sangat-sangat. Gaduh lama-lama pun tak guna. Lagi-lagi pereka fesyen dan selebriti memang memerlukan antara satu sama lain. Kalau tak ada selebriti, tak femeslah pereka fesyen. Dah kalau tak ada pereka fesyen, tak glamerlah pakaian selebriti tersebut. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua pihak yang terlibat. Sumber Mstar Online.

Written by serenity | June 6th, 2015

Ungku Ismail Aziz menempa populariti setelah membintangi drama slot Akasia, Teman Lelaki Upahan. Bergandingan dengan Siti Elizad Shariffuddin, nama Ungku Ismail meledak dan menjadi sebutan peminat kerana bakat yang ditampilkan.

Kami masih ingat sewaktu Ungku Ismail melakonkan watak sebagai senior sekolah dalam telefilem Sutun 2. Karisma sebagai seorang pelakon dan pendidikan yang tinggi menyebabkan Ungku disenangi ramai.
 photo 11325129_844118002341523_363276788_n.jpg

Projek terbaru Ungku Ismail ialah menggayakan jubah rekaan Ezuwan Ismail, EISA. Khabarnya, satu sesi fotografi untuk Ungku Ismail telah diaturkan di Kaherah, Mesir bagi mempromosikan jubah ini.

Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Nelly Ruzzaman.

Mari menyaksikan teater bangsawan 'Kota Lukut' pada 12, 13, 14 Jun ini di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam. Untuk tempahan tiket, hubungi 03-2614 8262.

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 6 June 2015