Written by Bella | June 10th, 2015

Penyanyi Erra Fazira menjelaskan keputusan beliau untuk berhijrah dan mengenakan tudung lahir daripada hatinya sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak ataupun dorongan daripada Shahir AF8 seperti yang dikatakan baru-baru ini.

Let’s clear our mind about that. Perkara itu langsung tidak benar sama sekali. Penghijarahan ini berlaku bukan atas kehendak siapa-siapa.

Itu semua atas diri sendiri. Saya lebih suka dan terima kasih kepada Allah kerana ianya berlaku tanpa desakan siapa-siapa.

Sebelum ini, sebuah laporan akhbar mengatakan Erra mendapat semangat untuk berubah daripada sokongan Shahir. Khabar angin tersebut mula meliar apabila  Shahir telah membuka kelas fardhu ain di kampung halamanya di Perak dan Erra juga dalam satu kenyataan pernah menyatakan individu pilihan hatinya mempunyai ilmu pengetahuan yang mampu membimbingnya di dunia dan akhirat.

Erra pada masa yang sama juga merasa syukur kerana keluarga dan rakan-rakan karib beliau memberikan respon yang baik apabila beliau membuat keputusan untuk berhijrah dan sudah mulakan langkah secara perlahan-lahan sebelum berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | June 3rd, 2015

Mengakui sudah berhijrah dan mengenakan hijab pada malam Nisfu Syaaban Isnin lalu, Erra Fazira berharap tiada yang mengkritik beliau dengan penampilan terbarunya di media sosial. Baru sahaja memulakan langkah untuk menjadi seorang muslimah sejati, Erra meminta agar peminat terus mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Kita sepatutnya mendoakan dan saya percaya perlahan demi perlahan saya dan mereka (yang berhijrah) akan melakukan perubahan mutlak. Janganlah hentam yang teruk benar. Menegur tidak salah, tetapi biarlah berhemah. Yang penting penghijrahan itu dalam diri.

Sebenarnya sudah lama beliau meyimpan niat untuk bertudung tetapi Allah SWT telah memberi Erra hidayah dan hatinya terpanggil kuat untuk berhijab pada malam Nisfu Syaaban tersebut.

Alhamdulillah… Allah bukakan hati ini. Sebenarnya sudah lama dah (hasrat mahu bertudung), tetapi rasa itu terpanggil kuat apabila masuknya Nisfu Syaaban. Dah tak mahu fikir-fikir panjang dan mencari alasan lagi, laksanakan terus niat itu.

Berikan peluang kepada Erra untuk mendalami agama dengan lebih lagi dan tegur dengan baik jika beliau melakukan kesilapan. Sama-sama doakan agar perubahan beliau kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | June 3rd, 2015

Alhamdulillah.Akhirnya Erra Fazira telah tampil untuk mengesahkan berita penghijrahannya. Primadona itu memaklumkan yang dirinya telah bertudung sepenuhnya sejak malam Nifsu Syaaban semalam. Tahniah diucapkan. Terharu juga Abang Nara membaca perkongsian Erra. Namun ini merupakan satu detik indah bukan sahaja buat Erra, tetapi buat para peminat yang sering mendoakannya.

erra fazira bertudung

Kata Erra Fazira:-

Penghijrahan ini sudah lama terdetik dalam hati. Cuma kadang-kadang ia jadi terbantut dek urusan dan perjanjian kerja yang sudah dimeterai. Pada suatu tahap saya beritahu kepada diri sendiri adakah hasrat dan niat ini harus ditunda dari hari ke sehari. Kalau nak ditunggu sampai seru, mungkin ia akan terus tergantung.

Seru itu merujuk kepada hati kita jadi kuat. Jadi saya tidak mahu lagi mencipta alasan dan mewujudkan halangan untuk membuat keputusan ini. Ikutkan saya sudah mahu bertudung sejak tahun lalu. Saya minta dibulatkan hati meminta ada hidayah untuk semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah ia kini jadi nyata.

Dalam hati berkata, inilah masanya Fazira (merujuk kepada nama penuhnya Fazira Wan Chek) dan tak perlu bertangguh-tangguh lagi memberi alasan itu dan ini. Saya ini jenis yang mementingkan kesempurnaan dan sebenarnya sudah lama mengumpul tudung sebagai persediaan ke arah itu. Jadi malam nisfu Syaaban itu saya sangkut tudung di dalam bilik dan nekad dalam diri untuk mengenakannya keesokan hari.

Malam itu juga kebetulan giliran saya bersama Engku Aleesya. Saya katakan kepadanya diri ini agak gementar untuk semua ini. Saya bertanya kepadanya kalau diri ini bertudung, apa komennya. Dia jawab, dia suka. Keesokan semasa menghantarnya ke sekolah, dia kembali mengajukan soalan adakah saya gementar selepas bertudung? Saya jadi terpinga-pinga.

Rupa-rupanya dia ingat lagi soalan saya pada malam sebelumnya mengenai perasaan gementar yang bertandang. Dia cakap mummy nampak cantik bertudung. Saya sangat tersentuh ketika itu.

Bertudung ini bukan setakat hijrah dari luar, tapi ia juga membabitkan soal dalaman. Saya perlahan-lahan ke arah itu. Doakan saya,

erraAbang Nara tertarik dengan kata-kata ‘kalau nak ditunggu sampai seru, mungkin ia akan terus tergantung‘. Memang betul kata-kata Erra itu. Sebenarnya hendak tak hendak sahaja bab-bab bertudung ini. Namun perlukan kekuatan hati juga. Iyerlah, tak boleh bertudung kerana ikut trend macam sesetengah selebriti. Bila trend dah habis tudung hilang entah ke mana. Pastinya Erra Fazira bukan sebegitu. Kita doakan agar Erra terus istiqamah. Tahniah Erra. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | June 3rd, 2015

Desas-desus penghijrahan Erra Fazira kini semakin bertiup kencang. Walaupun belum dipastikan oleh empunya badan, khabarnya Erra Fazira telah pun bertudung sepenuhnya. Malah berdasarkan pemerhatian Abang Nara, gambar profile primadona ini di Instagram juga telah ditukarkan kepada gambar bertudung. Sekiranya ini benar, Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan.
erra fazira bertudungBerita gembira ini telah dikongsikan oleh salah seorang rakan rapat Erra Fazira menerusi media sosial. Sememangnya Erra tampak lebih menawan apabila bertudung sepenuhnya. Muda 10 tahun terus. Cantik sangat-sangat.

erra fazira bertudung

Sama-samalah kita nantikan pengesahan daripada Erra Fazira kelak. Buat masa ini, kita doakanlah agar berita penghijrahan ini sahih. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Forum Cari.

ridzzkin

P.S: Ekslusifnya kotak Ridzskin Expert Whitening nie. Sesuai sangat dengan kelebihan menggunakannya. Confirm kulit lebih cerah, lindungi kulit daripada sinaran UV, boleh dibawa solat dan paling penting HALAL. Satu kotak boleh guna sehingga 2,3 bulan. Berbaloi sangat-sangat. Beli sekarang di Facebook Ridzskin Official atau follow mereka di Instagram Ridzskin.