October 25th, 2015

Sepanjang minggu ini video Emma Maembong menampar Kamal Adli di sebuah taman rekreasi menjadi  viral. Ramai yang ingin mengetahui, kenapa Emma lakukan sebegitu? Sebab cemburu ke?

Hari ini Emma telah menjelaskan perkara sebenar dimana adegan beliau menampar Kamal hanyalah gimik semata-mata. Ia salah satu idea untuk menarik minat ramai bagi memperkenalkan satu produk minuman terbaru dikenali sebagai Est Cola.

Idea untuk menyebarkan sedutan Emma menampar Kamal itu adalah hasil daripada pihak Est Cola sendiri. Sejujurnya Emma mengakui pada awalnya  beliau bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada mereka berdua.

Jujurnya ia bukan idea kami tetapi daripada pihak produksi namun mereka meminta izin kami terlebih dahulu sebelum ia disebarkan. Saya dan Kamal memang risau kerana tahu akan reaksi peminat dan benar kami menerima pelbagai kritikan tetapi bersetuju kerana ia adalah sekadar gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan selain ia hal tuntutan kerja.

Dari sudut positifnya meskipun ia memberi kesan negatif kepada kami tetapi ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk berkenaan dengan skala lebih besar.

Emma juga sedar bahawa peminatnya dan Kamal tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut dan sering meminta beliau untuk memberitahu perkara sebenar.

Sejak seminggu lalu memang saya menjadi sasaran peminat yang ingin mengetahui kejadian disebalik saya menampar Kamal dalam sebuah video yang tersebar. Tidak kurang juga yang terus menghentam saya dan pelbagai kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar.

Kami dah boleh agak memang gimik sahaja semua ini, nampak sangat video itu adalah sesuatu yang dirancang. Memang berkesan la kan strategi mereka sebab isu ini memang cukup viral.

Sumber Berita: mStar Online

October 21st, 2015

Khabar angin tentang Emma Maembong menampar Kamal Adli di taman rekreasi mendapat pelbagai respon daripada peminat.

Ramai yang ingin tahu betul atau tidak kejadian itu berlaku kerana Emma merasa cemburu dengan Kamal yang memandang perempuan lain sewaktu mereka berdua keluar bersama.

Hanya berdiam diri mengenai berita tersebut sebelum ini, Emma menerusi portal Murai mengakui beliau ada menampar Kamal. Namun, buat mas aini beliau tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai tindakannya itu.

Ya betul, memang saya ada lakukan perkara itu (menampar Kamal). Tapi saya tidak boleh jelaskan sekarang kenapa saya melakukannya.

Ada sesetengah pihak mendakwa ia hanya sekadar gimik kerana penjelasan tentang perkara berkenaan akan disiarkan menerusi rancangan Melodi TV3 pada hari Ahad ini.

Apa sebenarnya yang terjadi? Hurmm, sama-sama kita nantikan perkembangannya Ahad  ini. Mungkin kah ada kejutan daripada mereka?

Sumber Berita: Murai & BH ONLINE

October 19th, 2015

Sering dilabelkan sebagai pasangan yang cukup mesra dan sepadan bersama, peminat terkejut apabila timbul khabar angin bahawa Emma Maembong telah menampar Kamal Adli  semasa mereka sedang bersiar-siar di sebuah taman rekreasi di ibu kota baru-baru ini.

Menurut beberapa sumber, Emma bertindak sedemikian kerana merasa cemburu apabila Kamal sedang asyik memerhatikan seorang gadis berhampiran mereka.

Nyata Kamal memang tidak menyangka Emma akan bertindak sebegitu dan turut tergamam kerana sebelum itu mereka tampak sungguh bahagia berjalan berdua-duan.

Enggan mengakui mereka sedang bercinta, berita ini seakan memberikan gambaran mereka  merupakan pasangan kekasih, iyalah jika tidak mempunyai sebarang hubungan takkanlah Emma sungguh beremosi ketika Kamal perhatikan gadis berkenaan.

Walaubagaimanapun, Kamal tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai gosip ini dan Emma juga gagal dihubungi oleh pihak media.

Ermm apa yang terjadi sebenarnya eh? Ataupun ini merupakan promo  untuk drama mereka?

Sumber Berita: Harian Metro