September 19th, 2016

Umum mengetahui pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong sehingga kini masih lagi cuba untuk memperbaiki hubungan mereka.

Pelbagai spekulasi dan kenyataan yang keluar, tetapi sehingga kini Kamal dan Emma tetap berdiam diri mengenai setiap gosip tentang percintaan mereka.

Terbaru, menurut Cik Pang di akhbar Harian Metro, Kamal nampaknya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memikat kembali hati Emma dan kini lebih banyak meluangkan masa bersama pelakon wanita itu.

Untuk berada di sisi Emma, Kamal dikatakan sanggup untuk mengambil cuti daripada penggambaran hanya untuk menemani Emma ke acara hiburan.

Malah, Kamal juga cuba memujuk Emma dengan membelikan pelbagai hadiah  untuknya.

Kadang-kadang seseorang wanita itu boleh “cair” dengan usaha teman lelaki mereka untuk membaiki hubungan yang sudah dingin.  Harapnya usaha Kamal Adli untuk cuba memenangi hati Emma Maembong akan berhasil. Terus terang mereka berdua agak sepadan.

Sumber Berita : Harian Metro

July 28th, 2016

Agak lama juga Emma Maembong dan Kamal Adli bercinta, tetapi mereka berdua sehingga kini tidak berkongsi sebarang perkembangan lanjut mengenai hubungan mereka meskipun kedua-duanya pernah mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Buat Emma, pengalaman lalu mengajar beliau untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum. Apa yang Emma harapkan ialah peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Tambah Emma, beliau dan Kamal akan berbincang mengenai hala tuju hubungan mereka sebaik sahaja Kamal pulang daripada menjalani penggambaran drama di luar negara.

Apa yang dapat yang kongsi ketika ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan Kamal. Sekiranya tiada lagi jodoh antara kami berdua, orang ramai di luar sana tidak menjatuhkan hukuman kepada kami.

Buat masa ini saya masih menunggu kepulangan Kamal yang sedang menjalani penggambaran di luar negara. Sebaik saja dia pulang, kami akan duduk berbincang bagi menentukan hala tuju hubungan ini.

Oleh itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kisah percintaan kami. Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak mahu peminat jelak dengan lambakan gosip cinta semata-mata.

Ramai yang ingin melihat hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong berakhir di jinjang pelamin. Pada kami kalau keserasian itu sudah ada dan masing-masing boleh terima setiap baik dan buruk pasangan, janganlah ditangguh lagi benda yang baik. Soal cinta, selepas nikah juga perasaan itu boleh bertambah dari hari ke hari dan kata orang lebih indah. Ermm..Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE

September 21st, 2015

Hubungan yang terjalin antara Kamal Adli dan Emma Maembong bukan lagi satu cerita baru, walaupun sering kelihatan bersama dan rapat di dalam setiap foto mereka bersama, Kamal bagaimanapun masih lagi belum memikirkan soal kahwin buat masa ini.

Buat Kamal, beliau dan Emma masing-masing memerlukan lagi masa untuk benar-benar mengenali hati budi masing-masing dan mahu benar-benar bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Bagilah masa kepada saya dan Emma untuk mengenali dengan lebih rapat. Saya tak mahu terburu-buru dalam soal ini dan perlu berhati-hati dalam setiap langkah. Bukan tak mahu berkahwin tapi biarlah saya benar-benar bersedia boleh memikirkan untuk ke fasa seterusnya.

Umum mengetahui Kamal dan Emma pernah gagal dalam percintaan dan sekarang Kamal masih lagi membina semula rasa cintanya dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Malah, beliau juga berjanji tidak akan menyorok sebarang berita gembira jika jodoh berpihak pada mereka suatu hari nanti.

Sekarang saya masih lagi membina semula rasa cinta. Dulu saya pernah terjatuh dan sekarang fasa untuk bangun semula. Buat masa sekarang tiada yang mahu didedahkan kepada umum. Doakan yang terbaik untuk kami. Insya-Allah kalau ada perancangan besar nanti akan saya umumkan kepada semua.

Kalau sudah jodoh tidak kemana, bab kahwin ini tidak boleh terburu-buru ambil lah masa untuk mengenali pasangan dengan lebih baik sebelum berkahwin.  Nak cari teman hidup ini biarlah yang betul-betul boleh terima antara satu sama lain dengan seadanya baik di hari buruk mahupun bahagia.

Sumber Berita: Utusan Online

July 23rd, 2015

Soal hubungan percintaan antara Kamal Adli dan Emma Maembong bukanlah cerita baru dikalangan peminat industri hiburan tempatan, tetapi ramai juga ingin tahu sejauh mana hubungan mereka sebenarnya kerana kedua-dua nampaknya hanya ingin berdiam diri mengenai perkara tersebut.

Berbicara mengenai hubungan mereka, adik kepada Emma iaitu Chacha Maembong memberitahu beliau menyokong hubungan kakaknya itu bersama Kamal yang dikatakan pandai mengambil hati ahli keluarga mereka.

Mereka pasangan yang comel pada pandangan saya, Kamal bukan sahaja cukup menghargai perasaan Emma tetapi juga keluarga saya. Sebab itu kami agak rapat. Sebagai adik memang saya sokong hubungan mereka, cuma soal lain saya hanya boleh berdoa sahaja agar hubungan mereka ini berjalan dengan baik.

Pada masa yang sama Chacha juga berkongsi bahawa beliau juga kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang sudah dikenali olehnya hampir setahun yang lalu. Baru sahaja menganjak usia 19 tahun, Chacha bagaimanapun buat masa ini enggan memikirkan soal perkahwinan dan fokusnya kini hanya  tertumpu kepada karier dan masa depan yang lebih baik.

Kami sudah berkenalan hampir setahun dan saya hanya boleh katakan, dia merupakan kawan lelaki yang cukup rapat dengan saya kini. Mungkin kerana sikap memahami dia terhadap saya dan kerjaya memudahkan lagi hubungan ini. Jujurnya  kami masih muda dan masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain.

Kalau adik sendiri dan ahli keluarga lain sudah boleh menerima kehadiran Kamal Adli rasanya Emma Maembong tidak perlulah tunggu lama lagi untuk benar-benar serius dalam perhubungan. Kata orang kadang-kadang bercinta beberapa tahun pun belum tentu jadi dan lebih manis serta indah untuk bercinta selepas kahwin. Siapa tahu mungkin hubungan kali ini akan  berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Utusan Malaysia