Written by AbangNara | January 23rd, 2013

Makin sayanglah nampaknya peminat-peminat Malaysia terhadap pelakon kacak dari Indonesia, Randy Pangalila ini. Mana taknya, susulan kontroversi Julia Perez menyatakan drama Malaysia tidak bagus, Randy tampil menyatakan perkara yang sama terhadap drama Indonesia.

randy pangalila

Menurut Randy, produksi di Indonesia juga ada yang tidak hebat dan tidak bagus. Namun kesemua itu lebih bergantung kepada sudut pandangan masing-masing. Kata Randy kepada portal Murai:-

Inilah dunia hiburan. Itu semua soal sensasi saja. Bagi saya, apa yang berlaku itu tergantung kepada pendapat masing-masing. Kalau di Indonesia, tidak semuanya produksi itu hebat dan bagus.Kalau mengikut kaca mata saya, yang bagus adalah seperti drama Ayat-Ayat Cinta dan Ada Apa Dengan Cinta. Apa yang Julia Perez kata mungkin dia terlibat dengan produksi yang kurang bagus. Di Indonesia pun ada yang tak bagus. Begitu juga di Hollywood. Saya sendiri pernah menonton cerita Hollywood yang sangat teruk produksinya. Apapun, ia terpulang dari sudut dan pandangan masing-masing. Bagi saya, saya lebih puas berlakon di Malaysia berbanding di Indonesia sendiri

randy

Terserlah sisi kematangan dan kebijaksanaan Randy Pangalila menerusi ayat-ayatnya di atas. Kan bagus kalau semua pelakon mempunyai daya pemikiran yang sebegini. Tak adalah statement-stament bodoh yang memakan diri sendiri. Tak ke gitu? Apa pendapat anda?
randy pangalilaP.S: Wow!!! Kacak bergaya sungguh Anuar Zain menghiasi majalah Maskulin. Memang terserlah ciri-ciri kelakiannya. Kalau anda mahu, anda boleh membaca edisi terbaru majalah ini secara online. Hanya perlu beli di Emall Karangkraf dengan harga yang lebih murah berbanding di kedai-kedai buku. Cubalah hari ini jugak!!!

Written by AbangNara | December 24th, 2012

Lama tidak mendengar perkembangan terkini Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah. Tup-tup majalah Media Hiburan kali ini menampilkan pasangan suami isteri ini sebagai cover majalah mereka. Kandungan Irma sudah mula kelihatan dan yang paling penting, seri ibu mengandung memang jelas di wajah Irma.

irma hasmie

Pasti Irma dan suami sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bergelar ayah dan ibu. Yang penting kesihatan kena jaga. Rehatkan badan banyak-banyak. Jangan paksa diri buat kerja berat. Semoga urusan Irma ketika bersalin kelak akan dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Anda juga boleh membeli majalah Media Hiburan di laman web Emall Karangkraf. Hanya RM2.80 sahaja. Perlu diingatkan yang pembacaan hanya boleh dilakukan di smartphone dan gadjet sahaja.

Written by AbangNara | November 29th, 2012

Sebelum apa-apa, tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasukan Malaysia yang berjaya membaham Laos 4-1 semalam. Walaupun Apek kelihatan kecewa tidak diturunkan sebagai penjaga gol , kekacakan Apek ketika difokus oleh kamera semalam jelas terserlah.

apek dan leuniey nona

Kepada pengguna Android dan iPhone, tahukah anda yang anda boleh membaca majalah Nona dan apa sahaja bahan bacaan terbitan Karangkraf di telefon anda? Pembelian boleh dilakukan di website Emall Karangkraf tetapi pembacaan HANYA boleh dilakukan di telefon dan tablet anda. Sila search app “Emall” (logo app di bawah) di Google Store dan iStore anda.

apek dan leuniey nona

P.S: Harga di Emall Karangkeraf lebih murah daripada di kedai. Contohnya majalah Nona kalau beli di kedai ialah RM8.90 tapi kalau di Emall Karangkraf cuma RM7.15.