Written by Bella | October 17th, 2016

“Peperangan”  yang berlaku antara Elly Mazlein, bekas suaminya Azmi Hatta dan pelakon Faye Kusairi memang panas sekali.  Satu demi satu pendedahan Elly lakukan mengenai sikap bekas suaminya itu kepada orang ramai melalui akaun Instagramnya.

Tidak mengalah, Elly sudah berjaya menuntut nafkah anaknya Putri Sarah Sefhia sebanyak RM 1,500 sebulan.

Elly memberitahu beliau tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan dan akui sebenarnya “perang” di Instagram mengenai bekas suaminya adalah satu perbuatan yang memalukan.

Pada saya, bertelagah di Instagram dan satu negara baca mengenainya perbuatan memalukan. Sebelum ini, saya cuba tutup aib serapat-rapatnya. Sejak mengandung lagi, saya sudah kena macam-macam perkara dan hampir meroyan.

Saya berani untuk lantang bersuara pun adalah untuk menuntut hak saya dan anak daripada bekas suami. Ketika saya berdiam diri, pihak satu lagi pula yang banyak bersuara dan itu membuatkan saya juga tampil bersuara. Mujurlah, saya dapat bantuan daripada keluarga yang sentiasa memberi sokongan. Saya tak mahu lagi menoleh ke belakang.

Menurut Elly, beliau enggan lagi memikirkan perkara lalu dan sudah memaafkan bekas suaminya dan Faye.

Sehubungan dengan itu, beliau akan memadam setiap foto dan status negatif serta mengundang kontroversi di Instagram kerana ingin menghormati peminatnya yang tdak putus memberikan beliau sokongan dan semangat untuk kekal tabah menghadapi segala ujian.

Alhamdulillah, walaupun banyak dugaan, saya bersyukur kerana peminat dan pengikut sentiasa memberikan semangat kepada saya.

Baguslah kalau tidak mahu memanjangkan lagi perkara tersebut.  Apa yang berlaku jadikanlah sebagai pengajaran hidup. Kami harap Elly Mazlein terus bahagia bersama anaknya.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 13th, 2016

Lama memendam rasa dan “makan hati” dengan segala kemelut bersama bekas suaminya, penyanyi Elly Mazlein semalam telah berjaya menuntut nafkah anaknya, Putri Sara Sefhia  yang kini dalam jagaannya sebanyak rm 1,500 sebulan berkuatkuasa serta merta.

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim syarie, Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Che Abdullah Che Hassan selepas mendengar kes terbabit pada pagi Rabu.

Che Abdullah turut meluluskan permohonan Elly untuk Azmi menyerahkan wang berkenaan melalui pihak mahkamah pada setiap bulan sebelum diserahkan kepada  beliau untuk memastikan bekas suaminya itu tidak gagal menjalankan perintah mahkamah bagi pembayaran nafkah anak mereka itu.

Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana hari ini segalanya telah pun selesai dan paling penting ialah hak anak saya.

Tiada apa lebih menggembirakan saya apabila mahkamah meluluskan permohonan saya dan tak apalah saya tidak dapat sebarang hak sepanjang bergelar isteri kerana paling penting kebajikan dan hak anak saya terbela.

Menurut Elly, jumlah nafkah yang beliau pinta itu tidaklah banyak mana dan bertimbang rasa kerana memahami Azmi masih lagi menanggung dua lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Saya tiada bantahan selain bersyukur dengan keputusan mahkamah kerana itu adalah rezeki anak saya. Saya juga faham dengan situasi bekas suami yang mempunyai dua lagi anak yang perlu ditanggung dan tidak mahu membebankan dia dengan tuntutan terlalu tinggi.

Pada masa yang sama, Elly memberitahu beliau tidak mahu lagi mengenangkan segala derita dan “drama” yang berlaku antara beliau, Azmi dan Faye Kusairi.

Insya-Allah saya sudah boleh tidur lena selepas ini dan enggan lagi melayan apa sahaja melibatkan Azmi dan Faye Kusairi selepas ini.

Peminat saya pun marah apabila laman sosial saya penuh mengenai mereka dan meminta saya agar lupakan sahaja kisah lama itu dan fokus kepada anak dan karier.

Baguslah kalau tuntutan berkenaan dipersetujui oleh kedua-dua pihak, jadi perkara pun tidak perlu dipanjangkan lagi. Kami harap Elly Mazlein juga kekal tabah dalam apa jua dugaan selepas ini dan boleh hidup tenang bersama anaknya.

Sumber Berita : mStar Online