May 29th, 2020

Meskipun kerajaan hanya memberi kelonggaran melakukan aktiviti ziarah raya dilakukan pada 1 Syawal sahaja, namun sehingga kini masih ada sebilangan masyarakat yang kurang peka dengan maklumat tersebut.

elfira loy

Kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang masih tidak mahu mengikuti peraturan yang ditetapkan, pelakon Elfira Loy tampil menyuarakan pendapatnya di laman Instagramnya.

Menurut kenyataannya di “Insta Story”, Elfira dikhabarkan seakan mempertikai tindakan individu yang sengaja memaparkan aktiviti berkenaan di laman sosial sehingga menjadi ikutan ramai.

elfira loy sambutan raya aidilfitri

Pelakon ini turut mendakwa, menjemput orang, berjumpa rakan dan keluar bersiar itu merupakan pilihan anda sendiri namun situasi itu dianggap kurang enak kerana memaparkan perkara berkenaan di Instagram boleh menimbulkan pelbagai pendapat orang lain.

Bagaimanapun, Elfira turut menasihatkan golongan ini mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untyuk tidak berkongsi aktiviti berkenaan di laman sosial.

“Nak buat benda salah jangan show off la itu saja cerita dia. Simpan je kenangan itu.”

Hal ini kerana, aktiviti ziarah hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

elfira loy

Malah Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) turut menegaskan sambutan pada hari raya kedua adalah tidak dibenarkan sekali gus menyalahi SOP yang dikeluarkan kerajaan.

Advertisement