Written by Bella | March 8th, 2018

Entah kenapa ada sesetengah pihak yang tidak boleh menerima kenyataan pertunangan antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy sudah pun putus.

Sehingga hari ini, masih ada yangn mencetuskan pelbagai spekulasi dan ingin mengetahui adakah benar Sufian tidak mampu menyediakan jumlah wang hantaran yang tinggi dan menyebabkan perpisahan itu berlaku?

Walaubagaimanapun, Sufian dengan tegasnya menafikan dakwaan tersebut dan meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan berita tidak benar. Hormatilah keluarga beliau dan Elfira.

Saya percaya, dalam hal sebegini, banyak pihak seperti mahu menjadi yang pertama. Seolah-olah, mereka tahu segala-gala yang berlaku.

Tidak kurang juga yang membuat andaian dan kesimpulan sendiri, termasuklah dalam soal wang hantaran. Sedangkan, hakikatnya tiada isu pun dalam perkara itu. Silalah berhenti daripada membuat kesimpulan sendiri dan hormatilah keluarga saya serta Elfira.

Menurut Sufian, tiada jumlah wang hantaran tepat yang ditetapkan oleh pihak Elfira. Namun, ibu Elfira ada meletakkan syarat dimana Sufian harus menghafal Surah al-Mulk dan menambung setiap hari sebelum bernikah dengan anaknya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | February 26th, 2018

Banyak meluahkan perasaan di media sosial dengan posting sedang kecewa dan derita,penyanyi Sufian Suhaimi menerusi portal mStar Online akui air mata jantannya menitis kerana terlalu sedih dan merasa perit terpaksa memutuskan pertunangan dengan Elfira Loy.  Walaubagaimanapun, sama seperti Elfira, Sufian juga sudah redha dengan apa yang berlaku.

Sejujurnya saya akui memang sangat sedih. Apabila perkara ini berlaku, jatuh jugalah air mata ‘jantan’ saya tapi bukanlah di hadapan kamera.

Tapi Alhamdulillah, saya ada sokongan daripada keluarga, rakan-rakan artis yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan peminat yang tidak pernah putus mendoakan saya. Saya redha dan menerima segala takdir yang sudah tertulis dengan tenang dan ketentuan dari Allah SWT.

Buat masa ini, Sufian belum terfikir untuk mencari pengganti mahupun kembali ke alam percintaan dan ingin memberikan tumpuan kepada karier nyanyiannya yang baru sahaja ingin meningkat naik.

Terdahulu, Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 selepas beberapa bulan berkenalan.

Namun, kedua-duanya membuat keputusan untuk berpisah atas persetujuan keluarga. Mereka sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 23 atau 24 Mac ini.

Sumber Berita : mStar Online

 

Written by Bella | February 26th, 2018

Selepas seminggu terlerainya ikatan pertunangan bersama Sufian Suhaimi serta dihimpit dengan pelbagai spekulasi, akhirnya pelakon Elfira Loy tampil menjelaskan punca mereka membuat keputusan untuk berpisah. Menurut Elfira, beliau sudah redha dengan segala ketentuan takdir dan tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.

Saya lebih tenang dan redha di sebalik apa yang terjadi. Semua yang berlaku antara kami juga menjadi memori terbaik. Ia tetap rezeki dan kebahagiaan yang pernah saya kecapi, biarpun seketika. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.

Saya tahu, pertunangan menjadi fasa untuk lebih mengenali. Keputusan yang diambil pula adalah atas persefahaman dan persetujuan keluarga kami. Ia bukan dilakukan antara saya dan Sufian semata-mata.

Elfira turut menafikan dakwaan kononnya ibu beliau menjadi punca terputusnya ikatan pertunangannya dengan Sufian.

Ada orang buat spekulasi kata ibu keluar kenyataan supaya selepas ini saya bertemu dengan lelaki yang lebih baik. Sebenarnya, ia bukan bermaksud yang dulu tak baik. Setiap masa ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan saya percaya naluri seorang ibu itu tepat kerana mereka sudah ada pengalaman hidup.

Walaupun tiada jodoh untuk mendirikan rumah tangga, kedua-dua selebriti ini masih lagi berkawan baik dan enggan mendedahkan punca sebenar mereka berpisah. Biarlah ia menjadi rahsia Elfira dan Sufian serta keluarga mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE / mStar Online

Written by Bella | February 22nd, 2018

Kisah putus tunang penyanyi Sufian Suhaimi dan Elfira Loy agak mengejutkan peminat mereka kerana sudah hampir kepada tarikh pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada bulan Mac depan.

Kedua-duanya terus berkunci mulut mengenai perpisahan mereka maka timbul pelbagai spekulasi mengapa Sufian dan Elfira membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing sedangkan terkenal sebagai pasangan yang saling mencintai serta romantis sebelum ini.

Menerusi portal mStar Online, ada netizen mendakwa Sufian tidak dapat memenuhi permintaan keluarga Elfira  yang meminta jumlah wang hantaran tinggi dan itulah punca pasangan itu tidak jadi berkahwin.

Mak El tak nak bermenantukan orang tidak berduit. Takut anak dia susah nanti walaupun Sufian ada ijazah sarjana. Sufian tak boleh sediakan wang hantaran yang diminta mak El bulan tiga ni.

Benda tu rahsia antara keluarga tapi dekat Facebook ada kawan kepada ahli keluarga El pecah lubang. Berapa hantaran tu, rahsia keluarga katanya. Lagipun Sufian tengah belajar, manalah mampu kalau hantaran banyak-banyak.

Berikanlah masa untuk mereka berdua mengubati luka dan kesedihan dalam hati, mungkin satu hari nanti mereka akan bersedia untuk memberikan penjelasan.

Sumber Berita : mStar Online