December 24th, 2018

Menghitung hari untuk bergelar isteri, debaran menjelang perkahwinan pelakon Elfira Loy dan pasangannya, Faris K Anuar semakin terasa.

Bertanggungjawab untuk memastikan Elfira tampil anggun dan cantik pada majlis seharinya, pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini ada memuat naik foto salah satu busana perkahwinan pelakon wanita itu.

Betul, itu adalah El (Elfira). Saya dah tahu tarikh perkahwinan mereka, tapi tak boleh kongsikan lagi. Apa boleh dikatakan, ia bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini. Jadi kita doakan yang baik-baik untuk mereka. Jenama Rizman Ruzaini sudah bekerjasama dengan El hampir 10 tahun. Dia antara selebriti yang kami tunggu-tunggu nak buatkan baju kahwin.

Alhamdulillah, apabila tiba waktunya dia pilih kami. Insya Allah, kami akan menyediakan beberapa persalinan untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Sejujurnya, kami berasa teruja. Macam untuk majlis El ini, ia memang istimewa. Lagi satu, El jenis yang tak kedekut. Setiap baju yang ditempah dengan kami dia bayar dan tak pernah minta penajaan.

Sentuhan Rizman Ruzaini tidak dinafikan sangat cantik dan begitu eksklusif, pastinya akan menyerlahkan lagi seri pengantin. Tahniah kami ucapkan kepada Elfira yang sedikit sahaja lagi bakal menamatkan zaman bujangnya, semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
December 24th, 2018

Bakal berkahwin tidak lama lagi dan akan membina keluarga sendiri, pelakon Elfira Loy baru-baru ini ada meluahkan perasaan mengenai ibu tercinta di akaun Instagramnya.

Elfira menyifatkan ibunya seorang yang kuat, berani dan begitu penyayang terhadap anak-anaknya dan sanggup melakukan apa sahaja agar anak-anak hidup senang.

Terima kasih kerana sudah menjaga beliau dan adik-adik  dengan penuh kesabaran meskipun ada kalanya mereka bermacam ragam dan nakal.Elfira juga berdoa agar ibunya dilimpahi kebahagiaan dan diberkati umur.

Pengorbanan seorang ibu itu tidak terbalas. Mereka tidak pernah mengeluh atau kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak-anak tersayang. Oleh itu, kita haruslah menjaga hati dan menghargai segala jasa mereka selama ini.

Advertisement
December 17th, 2018

Meniti hari bahagia mereka yang bakal berlangsung pada Januari depan, baru-baru ini pelakon Elfira Loy dan tunangnya. Faris K Anuar sempat bercuti bersama ke Tianjin, China.

Tidak hanya bercuti berdua sahaja, ia turut disertai oleh pengapit pihak perempuan dan lelaki, ‘bridesmaids’ dan ‘dulang boys’.

Mereka cukup seronok sekali meluangkan masa bersama dan mengabdikan momen indah sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Rata-rata netizen juga tidak henti memuji betapa sepadannya pasangan ini dan mendoakan agar mereka sentiasa bahagia.

Elfira dan Faris mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dalam sebuah majlis tertutup dan dijangka bakal berkahwin pada 1 Januari 2019.

Advertisement
December 13th, 2018

Pasangan merpati dua sejoli, Elfira Loy dan Faris K Anuar yang mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dikatakan sudah sepakat untuk memilih tarikh 1 Januari 2019 bagi majlis pernikahan mereka.

Menerusi satu sumber kepada Astro Gempak, kad jemputan sudah pun diedarkan kepada ahli keluarga terdekat serta sahabat kedua-dua belah pihak.

Malah, Elfira sebelum berangkat ke Australia ada memuat naik status yang beliau akan berkongsi segalanya selepas  kembali ke Malaysia nanti.

Jika berita ini benar, kami doakan  segala perancangan berhubung dengan persiapan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar dan juga dipermudahkan olehNya. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : Astro Gempak

Advertisement