September 4th, 2009

Eja ni memang cantiklah, lembut aja perangainya , memang ada ciri-ciri gadis Melayu. Suka betul kami tengok drama yang dia berlakon.

Sebenarnya Eja dah berkahwin 10tahun lalu, tapi punyalah dia rahsiakan sampailah perut dia dah besar takleh nak sorok dah. Terpaksalah dia mengaku, kang orang buat fitnah lain pulak.

Sebenarynya wartawan rata-rata dah tau dah yang Eja dah kahwin, tapi deorang takdelah buat cerita kahwin Eja sebagai gosip hangat. mungkin  Eja memang pandai diplomasi ngan deorang…so deorang buat dek aje lah. Tunggu tuan badan cerita sendiri, tapi tunggu punya tunggu, 10 tahun barulah dia mengaku, lama betul!

Apapon, kami rasa baby Eja sure secomel maknya…. Tahniah!!

June 22nd, 2009

eja

Rasanya inilah rahsia perkahwinan paling lama berjaya disimpan oleh artis Malaysia. Tapi disebabkan perutnya yang dah membusung 5 bulan, nak tak nak Eja kena mengaku yang sebenarnya dia dah kawin 10 tahun yang lalu. 10 tahun ye, bukannya 10 bulan ataupun 10 hari.

Kadang-kala tak tau apa reason artis-artis macam Eja nie nak rahsiakan perkahwinan diorang. Dulu Rita Rudaini rahsiakan sebab mungkin malu gi kawin kat Siam. Yang si Eja nie apa pulak sebab musababnya? Takkanlah sampai 10 tahun pun masih malu nak mengaku dah kawin?

Apa-apa pun tahniah buat Eja sebab dah mengandung sekarang. Nasib baiklah mengaku gak dah berkahwin. Kalau tak mengaku lagi tak tau la apa alasan nak dibagi bila ditanya kenapa perut membesar semacam jer.

P.S: Kepada Lovelyvic, DelimaSaraa, Mien, Akudandirimu dan Bobolia, sila emailkan no telefon yang ingin ditopup kepada borakartis [at] gmail.com. Sila gunakan email anda dan pastikan anda bagitau anda guna line Celcom ke Maxis ke. Kalau taknak topup sila bagi bank akaun Maybank untuk ditransfer duit RM10. Tahniah kerana menang pertandingan mencipta slogan kami.