Written by AbangNara | February 12th, 2013

Cantik sungguh nama anak perempuan kedua Sheikh Muszaphar dan Dr Halina ini. Sophea Natasha. Kalau dimurahkan rezeki dapat baby girl nanti, Abang Nara nak cadangkan nama ini kepada wife yang tercinta. Hehehe ~~

sophea natasha

Happy sungguh Abang Nara melihat keluarga bahagia Sheikh Muszaphar. Semoga akan terus kekal bahagia sehingga ke syurga. Dr Halina pun makin cantik berseri semenjak bertudung. Untuk anda yang tidak tahu, Sophea Natasha telah dilahirkan pada 19 Januari 2013 kira-kira jam 7.53 malam di HUKM.

sophea natasha

3 lagi gambar Sophea Natasha, anak kedua Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada blog Dr Halina.

P.S: Pak Mie dan Mak Intan pelihara ratusan kucing dan anjing terbiar

 
Written by AbangNara | January 20th, 2013

Semalam kira-kira jam 7.53 malam, keluarga angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina diserikan lagi kehadiran cahaya mata perempuan kedua. Anak pertama mereka yang dikenali dengan nama Bella kini telah pun menjadi seorang kakak.

dr halina

Bayi perempuan yang masih belum diberikan nama ini telah selamat dilahirkan di HUKM. Agak menarik membaca status yang telah diupdate oleh Sheikh Muszaphar di Facebook Sheikh Muszaphar Fan Club yang berbunyi:-

Finally after 8 hours of labour, Dr Halina delivered a beautiful baby girl at 7:53 pm in HUKM .
Looks like I will be surrounded by princesses …
TQ Everyone for your wishes & prayers …
Pic – Bella is already excited calling ” adik ” the entire time …

dr halina

Nampak sangat Bella teruja menjadi seorang kakak. Cute sangat!!! Jutaan tahniah diucapkan kepada Sheikh Muszaphar sekeluarga. Semoga dengan kehadiran anak kedua ini, keluarga mereka akan bertambah ceria dan dimurahkan rezeki. Tahniah sekali lagi!!!

P.S: Restoran air terjun di Filipina.

Written by AbangNara | November 30th, 2012

Lama tak mendengar cerita terbaru angkasawan negara kita ini. Yang terbaru, Sheikh Muszaphar, Dr Halina dan anak mereka, Bella telah pun pergi menunaikan umrah. Seronok Abang Nara melihat gelak si cilik Bella menerusi gambar yang telah dikongsikan oleh Dr Halina di blognya, Barelysupermommy.

dr halina

Untuk anda yang tidak tahu, Dr Halina kini sedang mengandung anak kedua hasil perkahwinannya dengan Sheikh Muszaphar. Semoga kandungan tersebut akan membesar dengan sihat dan dipermudahkan ketika kelahiran nanti. Harap-harap dapat anak lelaki untuk melengkapkan keluarga mereka.

dr halina

Lagi 6 keping gambar Sheikh Muszaphar dan keluarga menunaikan umrah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 31st, 2012

Amboi memang aktif sungguh Sheikh Muszaphar menjalankan tanggungjawabnya menambah umat Islam di bumi ini. Dr. Halina telah berkongsi berita gembira mengenai kehamilan keduanya menerusi blog Barelysupermommy Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan ini.
dr halina mengandung lagi

Ini bermakna Bella, anak sulung pasangan ini bakal mendapat adik tidak lama lagi. Dr. Halina berdoa agar kandungannya kali ini adalah lelaki. Sama-sama kita doakan agar hasrat Dr. Halina akan tercapai. Abang Nara ucapkan tahniah dan semoga kandungan akan sihat walafiat sehingga hari kelahiran kelak.