Written by Bella | October 7th, 2019

Pergolakkan rumah tangga pelakon dan penyanyi Lufya Omar masih belum reda. Baru-baru ini, suaminya Dr Che Muhammad Hafiz dilihat seakan menyindir tindakan isterinya itu yang sering ke kelas agama agar tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk.

dr che hafiz sindir lufya

Mempelajari agama adalah bertujuan untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan bukan untuk menutup keburukan diri sendiri. Harus mempunyai hati yang tulus ikhlas.

dr che hafiz sindir lufya

Sindiran itu berkaitan dengan video dimana Lufya menerusi akaun Instagramnya berkongsi video dia bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Pada masa yang sama, dia juga ada berkongsi mengenai tip berkaitan masalah rumah tangga selepas ditanya oleh peminat.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila Lufya menerusi akaun Instagramnya mendedahkan dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin. Lufya turut mendedahkan Dr Che Hafiz gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | October 7th, 2019

Kemelut rumah tangga pelakon dan penyanyi Lufya Omar nampaknya semakin hangat apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz membuat laporan polis terhadap wanita itu.

dr che hafiz buat laporan polis terhadap lufya

Difahamkan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, minggu lalu demi menjaga imejnya dan keluarga agar tidak terus tercemar. Menafikan setiap tuduhan keterlaluan yang dilemparkan kepadanya.

Semua tuduhan dia terhadap saya itu tidak benar dan ia keterlaluan! Disebabkan tuduhan yang dilemparkan itu juga telah menjejaskan imej saya dan masyarakat mula memandang saya dengan negatif.

lufya omar

Jadi, saya bertindak membuat laporan polis terhadapnya demi menjaga dan membersihkan nama keluarga serta imej saya sebagai seorang doktor.

Bagaimanapun, Dr Che Hafiz enggan mengulas lanjut mengenai konflik rumah tangganya kerana ia masih dalam siasatan polis.

lufya dr che hafiz

Terdahulu, Lufya menerusi satu kenyataan di Instagram mendakwa dianiaya suami dan lelaki itu turut dikatakan lari daripada menunaikan tanggungjawab.

Sumber Berita : mStar Online