Written by serenity | August 21st, 2017

Penulis pasti ramai keliru dengan isu sebenar yang melanda perkahwinan Hafiz Hamidun dan isterinya Siti Arifah Amin atau Joy Revfa. Bagaimanapun portal My News Nation Malaysia mempunyai satu laporan eksklusif mengenai dokumen perceraian perkahwinan Joy Revfa dengan suami sebelum ini.

Menurut mereka, berdasarkan satu dokumen mahkamah, status Siti Arifah sebagai isteri orang masih lagi sah ketika dia melangsungkan pernikahan dengan penyanyi, Hafiz Hamidun pada 1 Mei lalu. Dan dokumen yang sama mengesahkan perceraian antara Joy dan bekas suaminya hanya berlaku pada 13 Julai 2017.