Written by serenity | January 7th, 2018

Mendakwa setelah sebulan berdiam diri apabila ditohmah dan difitnah oleh penyanyi dan pengacara dari Singapura, Roslan Shah, Ifa Raziah telah tampil membela dirinya. Kepada Jambu Batu Online, Ifa menyifatkan perbuatan Roslan sebagai melampau.

Dalam rakaman video itu, Ifa memberitahu, dia tidak kisah jika dirinya yang difitnah dan diaibkan bagi tujuan menjatuhkannya, tetapi apabila hal rumahtangga disentuh dan anak-anaknya dikutuk, dia tidak dapat berdiam diri dan tidak akan memaafkan individu itu.

Ifa menambah, Roslan telan mendoakan anak lelakinya menjadi pondan dan menuduh suami Ifa dayus hingga menyebabkan rumahtangganya hampir bergoyang.

Jika orang lain yang buat pada saya, saya boleh lagi bersabar, tetapi dia orang yang saya anggap kawan selama berbelas tahun, di mana sewaktu susah, sewaktu sakit, dia tidak ada duit–saya dengan keluarga yang menolong selama dia berada di Malaysia ini.

Apabila telah senang lenang hidup, dia buat macam ini pada saya.


Kepada Astro Gempak, Ifa mendakwa, pergaduhan dengan bermula di Singapura ketika menjayakan sebuah ekspo:

Tidak perlu saya dedahkan satu-satu apa yang berlaku, kalau dia dipihak yang benar pihak penganjur tidak akan memohon maaf kepada saya.

Sudah-sudahlah menipu dan buat fitnah menerusi video live di laman sosial. Beringat-ingatlah hari ini kita fitnah orang, tak mustahil suatu hari nanti ia akan balik kepada diri sendiri.

Satu lagi yang buat saya terkilan apabila dia turut menyumpah anak lelaki saya, Shakir Aqili, membesar sebagai pondan.

Sampainya hati dia, sedangkan selama ini dia sangat menyayangi Aqili. Kenapa dia sanggup kata macam tu terhadap Aqili?

Anak saya demam ketika melihat video live yang dibuat Roslan kerana terkejut dan terlalu sedih dengan apa yang dikatakan.

Video penuh luahan perasaan Ifa boleh ditonton di bawah:

Ifa juga turut menasihatkan Roslan agar menumpukan perhatian mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan menjaga ibunya yang memerlukan lampin pakai buang kerana dia bimbang Roslan akan membelanjakan wangnya untuk ‘anak ikan.’

Tidak pasti apa punca sebenar persengketaan Ifa dan Roslan, tetapi, apa kata sempena tahun baru ini, Ifa dan Roslan buang yang keruh, ambil yang jernih. Industri hiburan kecil saja, balik-balik jumpa muka yang sama juga. Takkan nak bermasam muka tiap-tiap kali, ya tak? Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

Written by serenity | January 14th, 2016

Melalui rancangan televisyen realiti mengenai dirinya, pelakon Nur Fazura  mengakui sewaktu menjayakan penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappadocia, dia dan Shaheizy Sam pernah bercinta.  Setelah Fazura membuat kenyataan itu, Shaheizy Sam tetap mempertahankan kenyataannya bahawa mereka hanya berkawan saja, bukan bercinta.

Memandangkan Sam akan berkahwin dengan Syatilla Melvin pada Februari, Fazura memberitahu Berita Harian bahawa dia mendoakan kebahagiaan Sam, malah sudi hadir ke majlis perkahwinan mereka sekiranya dijemput.
 photo 10249399_190012844685744_1489539235_n.jpg

Saya gembira untuk mereka dan mendoakan agar Sam dan Tilla (Syatilla) bahagia ke anak cucu.

Kalau dijemput, saya pergi untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka.

Kata Fazura, dia tiada sebab bersedih dengan berita perkahwinan mereka berdua.

Saya bukan untuk dia dan dia bukan untuk saya. Saya gembira untuknya.

Fazura memberitahu percaya kepada ketentuan Allah malah merasakan jodohnya sendiri semakin hampir dan sudah bersedia bergelar isteri.

Doakan yang terbaik dan terima kasih kepada semua peminat. Saya juga bersyukur kepada Allah atas rezeki dan rahmat daripada-Nya.

Betul juga kata Fazura itu. Orang sudah mahu membina rumahtangga maka selayaknya kita dokan kebahagiaan orang tersebut. Fazura boleh menemui cinta dan kebahagiaan bersama insan lain. Doakan Fazura akan bertemu jodoh yang sesuai buatnya.

Written by serenity | September 11th, 2013

Baru-baru ini, pasangan Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi dilihat keluar bersama dan Ashraf didakwa telah mengusap perut Wan Sakinah.di khalayak ramai. Ini menimbulkan spekulasi bahawa Wan Sakinah telah mengandung.

Perkara ini telah dinafikan oleh Ashraf Muslim yang mendakwa mereka masih belum ada rezeki lagi.

Namun begitu, baru-baru ini, melalui Instagram peribadinya Wan Sakinah telah memuat naik gambar ubatan asid folik dan satu lagi ubat yang dimakan oleh bakal ibu di awal kehamilan. Gambar tersebut di beri kapsyen:

Doakan saya sihat dan kuat!

Seterusnya timbul spekulasi di forum-forum bahawa Wan Sakinah telah mengandung. Kalau benar, tahniah diucapkan. Baru saja Ashraf menafikannya, nampaknya spekulasi Wan Sakinah telah mengandung menjadi kuat semula.

Buat pengetahuan anda, ubat-ubat seperti yang dimuat naik oleh Wan Sakinah juga digunakan oleh wanita yang ingin mengandung, jadi mungkin juga dia masih belum hamil seperti yang didakwa, sebaliknya sedang berusaha untuk mengandung.

Apa pun, selamat maju jaya diucapkan.