Written by Bella | February 22nd, 2018

Pernah tidak bersetuju dengan tindakan Fathia Latiff yang terlalu aktif berbicara soal politik dan masalah ekonomi negara, kini pengarah dan pelakon Dira Abu Zahar mula menyokong artis yang banyak menyuarakan pendapat mereka berkaitan isu negara.

Buat Dira, sebagai “public figure” sesuatu perkara itu akan mendapat perhatian ramai dan diketahui oleh pihak tertentu dengan lebih pantas.

Satu perkembangan yang positif. Saya beranggapan bahawa situasi ini menunjukkan bahawa bila kita berterusan bersaua khususnya pada mereka di “public line” maka orang akan perasan dan berikan perhatian yang sewajarnya. Tak adalah orang stereotaip artis ini sekadar penyeri majlis atau nak menarik kehadiran orang ramai tapi juga mereka mampu memberikan impak kepada kerajaan.

Walaubagaimanapun, Dira berharap mereka memberikan pandangan yang positif sahaja dan bersuara bagi pihak rakyat Malaysia bukan mengecam untuk menyuarakan pandangan peribadi.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | March 13th, 2017

Lama kita tidak nampak pelakon Dira Abu Zahar muncul di kaca televisyen sebagai pelakon. Menurut Dira, beliau sudah membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia lakonan dan ingin fokus didalam bidang pengarahan pula.

Dira lebih selesa untuk menganggap zamannya untuk tampil sebagai pelakon didalam drama mahupun filem sudah berakhir.

Muncul dalam filem Kimchi Untuk Awak gandingan bersama Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza, ia adalah buah tangan terakhir Dira sebagai pelakon.

Saya menetapkan hasrat untuk tidak berlakon kerana merasakan zaman saya telah berlalu. Dunia hiburan ini berputar dan pantas bergerak. Saban hari akan ada sahaja bakat baru yang mewarnai dunia lakonan.

Saya masih terlibat dalam bidang seni tetapi saya mahu meneroka lagi bidang pengarahan. Saya cuma mahu berhenti berlakon sahaja. Filem ini akan menjadi filem terakhir lakonan saya. Berbeza dengan Aiman dan Emma, filem ini menjadi filem debut untuk mereka. Saya memegang watak sebagai kakak kepada Bella lakonan Emma. Saya berharap agar filem ini akan mendapat sambutan.

Kami harap Dira akan terus berjaya didalam apa sahaja bidang yang beliau ceburi sekarang. InshaAllah.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by AbangNara | December 19th, 2013

Ah, pasti Dira Abu Zahar sedang bersedih atas keguguran yang dialami selepas hamil 6 minggu. Sememangnya awal kehamilan adalah waktu yang paling kritikal. Daripada apa yang Abang Nara baca, ibu mengandung sememangnya tidak digalakkan melakukan kerja berat pada 3 bulan yang pertama untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.

dira abu zahar gugur

Akibat kesibukan menjalani penggambaran, Dira tidak menyedari yang dirinya hamil. Terang Dira kepada Kosmo:-

Pada bulan lalu saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kemaman, Terengganu. Ketika itu, saya sedar sudah lewat datang bulan beberapa hari, namun saya tidak mengendahkannya dan beranggapan tiada sebarang masalah yang berlaku.

Kemudian ketika saya sibuk bekerja, terdapat ketulan darah yang keluar dan saya terus dinasihatkan menjalani pemeriksaan di klinik. Selepas itu, penjelasan yang diberikan doktor agak mengejutkan saya.

Sudah tentu saya berasa sangat terkejut dan tidak sangka berbadan dua. Pada masa yang sama agak sedih dan kecewa kerana hasrat untuk mendapat cahaya mata kedua tidak kesampaian. Apa pun, saya tetap reda dengan dugaan ini

dira dan suami

Dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan? Di masa hadapan Dira perlu lebih behati-hati dan peka dengan perubahan pada badannya. Kalau agak-agak lambat datang haid, terus buat pemeriksaan yang sepatutnya. Apa pun, takziah buat Dira dan suami. Lepas ini cuba lagi!!!

Written by AbangNara | May 7th, 2012

Dira yang sedang direhatkan daripada rancangan Melodi menerima tamparan hebat apabila penerbit Melodi menyatakan yang Dira kurang sesuai untuk mengacara Melodi. Menurut penerbit Melodi, sama ada Dira ada atau tiada, rating Melodi tetap sama.

dira melodi

Kata Azman Abd Ghafar yang merupakan penerbit Melodi:-

Sudah setahun dia bersama Melodi dan telah menunjukkan banyak kemajuan berbanding di awal kemunculannya. Bagaimanapun, apa yang pihak kami lihat, tempat Dira mungkin bukan di Melodi, tetapi dia mungkin sesuai mengacarakan program-program berbentuk pengembaraan. Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, sama ada dia ada atau tidak, ia tidak menunjukkan perbezaannya.Apa-apapun, pihak kami belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengekalkannya bersama Melodi ataupun tidak. Biarlah kes dia selesai dahulu.

Nampak gayanya kemungkinan besar kita semua tidak akan dapat melihat kelibat Dira di dalam Melodi lagi. Abang Nara rasa best je Dira mengacarakan Melodi. Mungkin ada benarnya tak wujud keserasian dengan Zizan. Tapi itu mungkin disebabkan Dira tidak memahami cara Zizan membuat lawak. Apa pendapat anda? Wajar ke Dira dikeluarkan terus daripada Melodi atau diberi peluang sekali lagi?Kredit info Mstar.

P.S: Kasut yang terlebih kreatif