January 16th, 2019

Kontroversi hangat juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee yang didakwa berparti dan meminum arak cukup hangat diperkatakan. Pelbagai spekulasi mula timbul meskipun kesahihan video yang tersebar belum dapat dipastikan.

Ramai yang mula mengecam Haneesya termasuk melabel beliau sebagai seorang yang hipokrit dan mahu gelaran beliau ditarik balik.

Terbaru, ibu kepada Haneesya menerusi akaun Facebooknya tampil memberikan komen mengenai kontroversi yang melibatkan anaknya itu. Katanya, mungkin Haneeysa terpengaruh dengan kawan yang salah sehingga terlalu seronok dan lalai.

Meskipun agak kecewa dengan apa yang berlaku, sebagai seorang ibu beliau akan tetap membimbing anaknya ke arah kebaikan dan berharap apa yang berlaku dalam dijadikan sebagai satu pengajaran.

Setakat ini Haneesya masih belum mengeluarkan sebarang penjelasan lanjut berhubung kontroversi berkenaan. Terdahulu, pihak Remaja memberitahu mereka sedang menjalankan siasatan terperinci berkaitan kontroversi terbabit. Tindakan akan diambil terhadap finalis Dewi Remaja yang terlibat.

Kredit Foto : Majalah Remaja

January 16th, 2019

Beberapa video kontroversi gadis mirip juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dan peserta Dewi Remaja yang lain sedang berparti sakan di kelab malam sambil meminum arak viral di media sosial semalam.

Rata-rata netizen mengecam tindakan mereka yang tidak harus diangkat sebagai ikon remaja apatah lagi ada diantara mereka dilihat sudah membuka tudung. Ia memberikan pengaruh buruk kepada masyarakat.

Ada juga meminta agar gelaran Dewi Remaja yang diberikan kepada Hanee ditarik balik sekiranya beliau benar-benar terlibat dalam video terbabit.

Terbaru, penganjur rancangan pencarian bakat tersebut yang juga sebuah majalah popular, Remaja memberitahu pihak mereka sedang menjalankan siasatan terperinci berkaitan kontroversi terbabit. Tindakan akan diambil terhadap finalis Dewi Remaja berkenaan sekiranya dakwaan tersebut adalah benar.

Buat masa ini, biarlah pihak penganjur menyiasat isu ini secara terperinci dan kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada mereka nanti.

Sumber Berita : Instagram Majalah Remaja

Kredit Video : MHE TV

January 15th, 2019

Baru sahaja beberapa hari selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2018/2019, nama Haneesya Hanee sudah mula dihimpit kontroversi.

Terdapat beberapa video viral di media sosial kini dimana seorang gadis mirip Hanee berparti sakan di sebuah kelab malam ternama sambil menikmati minuman keras (arak).

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan bagaimana gadis dengan berperwatakan agak ‘liar’ boleh diangkat sebagai ikon. Ia boleh memberikan pengaruh buruk kepada masyarakat.

Kami tidak mahu mengulas lanjut mengenai video yang tersebar ini, tidak pasti lagi jika gadis tersebut adalah Hanee ataupun tidak. Bagaimanapun, pemenang Dewi Remaja ini harus tampil memberikan penjelasan dengan segera agar tiada lagi spekulasi liar terus tercetus.

Sumber Berita & Video : MHE TV , Twitter & Sisturz Stalker

Kredit Foto : Zulfaizzakaria