Written by Bella | April 16th, 2019

Kehadiran suami penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red ke mahkamah mengejutkan ramai. Datuk Red juga turut memuat naik bait-bait sedih menerusi Insta Stories.

Ditambah pula, sebelum ini timbul gosip mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang bermasalah.

Bagaimanapun, Datuk Red menjelaskan tujuannya ke mahkamah bukanlah berkaitan kes perceraian dan beliau dan Adira masih lagi bahagia melayari bahtera rumah tangga.

Ya, memang saya ada ke mahkamah tapi bukan kes rumah tangga, ia berkaitan hal lain yang dirasakan tidak sesuai dikongsi dengan orang ramai. Semasa di mahkamah itu, saya teringat sembilan orang anak saya dan terus menulis mengenai mereka. Sekarang ini, apa sahaja ujian hidup yang datang, saya ingatkan diri untuk kuat kerana anak-anak.

Kehidupan kami berjalan seperti biasa dan pagi tadi saya dari rumah Adira, tak ada apa masalah! Biarlah kalau orang nak buat spekulasi disebabkan tulisan tersebut. Buat masa ini  kami bahagia sahaja, kalau tak bahagia takkan dia mengandung sekarang kan? Cuma biasalah, ibu hamil ini, emosi kurang stabil sikit, ditambah pula ada ‘anasir-anasir luar’ kiri dan kanan. Insya-Allah semoga semuanya kembali seperti dahulu.

Baguslah kalau semuanya baik-baik sahaja. Biasalah dalam rumah tangga pasti ada pasang dan surutnya. Apa-apa pun, semoga kekal bahagia sehingga ke syurga.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 5th, 2018

Pernah melalui perceraian dan kini berpoligami, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red tidak bersetuju dengan keputusan Ude Wahid untuk berpisah dengan isteri pertamanya, Intan Liana. Bercerai bukanlah satu perkara yang mudah dan membuatkan anak-anak yang menjadi mangsa kerana kurang mendapat kasih sayang.

Nasihat saya sebelum buat keputusan fikir anak- anak. Anak-anak dalam keadaan ini adalah mangsa sebab mereka tidak mungkin akan dapat sepenuh kasih sayang dari kedua ibu dan bapa. Melalui penceraian yang pertama ini yang pernah saya lalui, terpaksa berpisah dengan anak-anak.

Sebab itu mahkamah juga memberi tempoh sebelum kita buat keputusan. Saya tahu benda masih baru dan dia juga tidak mahu fikir.

Berkahwin dengan seorang selebriti bererti Ude harus menerima kenyataan setiap tindakan beliau akan menjadi perhatian ramai dan memberi kesan kepada Izreen Azminda. Oleh itu, Ude harus bersikap lebih terbuka untuk menerima setiap komen daripada masyarakat.

Dalam hal ini Ude kena tahu tindakannya akan memberi kesan kepada Izreen sebab dia seorang artis dan dikenali ramai. Jadi bukan salah orang luar untuk terus berkongsi pendapat mengenai hal ini. Berkahwin tidak ada masalah tetapi bercerai adalah sesuatu yang saya tidak setuju.

Ramai yang mendoakan agar perkahwinan Ude dan Intan dapat diselamatkan, tetapi ada juga berpendapat perpisahan adalah jalan terbaik kerana Intan sudah menanggung terlalu banyak penderitaan sejak suaminya berkahwin lain. Apa-apa pun, kita tidak boleh membuat keputusan untuk mereka dan biarlah takdir yang menentukan. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | June 19th, 2017

Minggu lepas, foto “screenshot” perbualan antara suami Adira, Datuk Red bersama seorang gadis di Instagram mula tersebar di Internet.

Menghangatkan lagi berita tersebut, ia dikatakan berlaku sebelum Adira bersalin anak perempuannya. Walaubagaimanapun, Datuk Red sudah memberitahu bahawa mesej tersebut tidak membawa maksud apa-apa dan sekadar usikan nakal sahaja.

Namun, ketika perkara itu hangat diperkatakan, Adira turut terkena tempiasnya apabila ada sesetengah netizen mengkritik beliau dan menyatakan ia adalah karma buatnya yang “merampas” suami orang. Adira akui beliau terkilan dengan komen-komen negatif yang diterima.

Apabila kejadian seperti itu berlaku, kesannya adalah kepada saya. Orang akan kata padan muka dan gelak kepada saya. Saya bukan nak salahkan suami. Bukan saya tidak percaya, saya percaya dia boleh jaga diri,cuma apabila berlaku begini, nama saya yang dikaitkan sama. Apa yang negatif semua pergi kepada saya, itu yang buat saya sedikit terkilan.

Memang tidak mati kalau kena kata-kata negatif sebegitu, tetapi saya masih ada keluarga dan masih ada mak.  Apabila mereka kata bukan-bukan, seolah-olah saya ini jahat sangat.

Dalam pada itu, Adira memberitahu hubungan beliau dan Datuk Red tidak mempunyai sebarang masalah tetapi suaminya itu, belum lagi membicarakan isu mesej tersebut bersamanya.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto :  imagestore.co

Written by Bella | June 16th, 2017

Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red bukanlah seorang selebriti tetapi semalam memang ramai juga yang hangat membicarakan tentang isu beliau “kantoi” bermesej dengan wanita lain dan ada dakwaan mengatakan ia berlaku sebelum Adira bersalin.

Tidak mudah melatah dengan isu panas itu, Datuk Red akui memang perkara itu terjadi tetapi ia adalah kerja-kerja nakal kakitangan beliau yang turut mempunyai kata laluan akaun Instagram dan Facebooknya.

Itulah, salah seorang staff saya ada tunjukan screenshot pasal cerita tu. Apa yang boleh saya katakan cerita itu memang benar terjadi. Saya percaya, ini mesti kerja-kerja ‘nakal’ staff saya. Buat pengetahuan ada dua orang staff yang memang tahu kata laluan akaun Instagram dan Facebook saya. Biasalah lelaki memang gatal, saya faham, ada masa mereka ni memang nakal sikit.

Tetapi setelah gadis tersebut berikan gambarnya dan kami rasa ia agak tidak ada apa yang menarik jadi kami pun tidaklah panjangkan cerita dan habiskan di situ sahaja.

Datuk Red juga enggan terlalu serius memikirkan isu tersebut dan memberitahu beliau sudah menjelaskan hal tersebut dengan isteri pertamanya dan juga Adira.

Waktu tersebarnya cerita ini saya bersama isteri pertama. Dia memang sudah masak dengan perangai saya. Dia langsung tidak mengambil kisah kerana tahu suaminya ini macam mana. Tetapi dengan Adira, saya perlu berjumpa dan slow talk dengannya terlebih dahulu sebelum dia tahu daripada mulut orang lain.

Cuma isu ini berbangkit sebab saya menegur seorang gadis. Cuba kalau saya tegur seorang makcik rasa-rasa akan jadi isu tak? Mesti tiada siapa peduli kan? Tapi saya tak ambil pusing tentang isu ini.

Pada masa yang sama, Datuk Red menegaskan beliau memang seorang yang peramah dan suka untuk bergurau. Oleh itu beliau suka bersembang dan menegur semua orang.

Sumber Berita : Media Hiburan